HomeBeritaMamak tersepit, susu naik harga

Mamak tersepit, susu naik harga

KUALA LUMPUR: Rakyat belum ‘merdeka’ dalam menanggung bebanan kenaikan kos barang keperluan asas yang meningkat saban hari.

Pengurus Restoran Ali Maju, Mohammad Ansor Ali meluahkan rasa bimbang dengan kenaikan kos yang berlaku hampir setiap minggu.

“Walaupun ia berlaku secara berperingkat, namun kenaikan tetap berlaku harga tepung naik, gula naik, minyak masak botol naik.

“Bukan satu atau dua barang, air kotak, air tin juga naik.

“Dua tahun lalu, RM110 bagi 48 tin susu pekat, sekarang RM160 bagi 48 tin.

“Ini bermakna dahulu RM2.20 setin, sekarang RM3.40 setin itu harga yang dibeli pukal, harga pasaran RM4.30 setin.

“Seminggu ke dua minggu depan harga akan naik lagi,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

 

Tambah Ansor, hendak berniaga dalam situasi kenaikan harga barang yang meningkat memberi tekanan.

“Gaji pekerja naik, kos naik ia satu cabaran buat majikan untuk memastikan perjalanan perniagaan tidak terjejas, ini ramai tidak tahu.

“Nak harap kawalan kos agak mustahil kerana semua pengeluaran barang ada kos, satu naik semua naik,” katanya.

Author

Pilihan Editor