HomeBeritaSemangat cintakan Malaysia tak pernah mati - PBM

Semangat cintakan Malaysia tak pernah mati – PBM

SRI RAMPAI: Semangat cintakan tanah air warganegara Malaysia tidak pernah mati.

Meskipun rakyat tidak mengibarkan bendera di kediaman atau kenderaan masing, semangat itu masih diterjemah melalui cara dan penghayatan dalam jiwa masing-masing.

Demikian kata penganjur program Sambutan Ambang Merdeka 2022, Abdul Rahman Hashim, di Restoran Ali Maju, Sri Rampai di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Ketua Parti Bangsa Malaysia (PBM) Bahagian Setiawangsa Wilayah Persekutuan berkata, tidak kibar bendera hanya sangkaan semata-mata, kerana semangat kecintaan terhadap negara dilihat bergantung kepada penghayatan melalui aktiviti program.

“Soal kecintaan (negara) mati, itu hanya dakwaan meleset. Sebenarnya banyak bergantung bagaimana melentur semangat dalam jiwa dari awal.

“Saya percaya, pelbagai bangsa masih ada kecintaan kepada negara, cuma perlu memperkasakan dengan menjiwai kenegaraan. Memperbanyak program kesedaran sivik kepada anak muda cintakan negara,” katanya kepada MEDIA VARIASI, malam tadi.

Bertemakan Keluarga Malaysia, Teguh Bersama, penganjuran program berkenaan turut mendapat kerjasama Persatuan Kebajikan Veteran 1Malaysia, Persatuan Generasi Cemerlang 1Malaysia, Persatuan Generasi Negaraku Malaysia.

 

Program dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, iaitu Shazli Nazli.

Pada program itu, MEDIA VARIASI berkesempatan melakukan tinjauan eksperimen sosial, memasang lagu Negaraku di restoran, bagi mendapatkan kepastian sama ada masih wujud semangat patriotisme dalam kalangan rakyat, atau sebaliknya.

Hasil pemerhatian dari enam petugas MEDIA VARIASI mendapati pelanggan sanggup berhenti makan sebentar, dan berdiri menyanyikan lagu patriotik kebangsaan itu.

Eksperimen ini dilakukan sebanyak tiga kali iaitu selang sejam sekali bermula jam 6 petang hingga jam 8 malam, lagu dimainkan ternyata reaksi yang sama diterima semua sesi.

MEDIA VARIASI mengucapkan terima kasih kepada pengurus Ali Maju cawangan Sri Rampai, Ansor Ali dan pengurusan atas kerjasama yang diberi.

Author

Pilihan Editor