HomeMV+BongkarBilik detoks Madrasah Darussolihin beroperasi 20 tahun tanpa kelulusan AADK

Bilik detoks Madrasah Darussolihin beroperasi 20 tahun tanpa kelulusan AADK

KUALA LUMPUR: Wakil Madrasah Darussolihin hari ini tampil mengaku mewujudkan ruang detoks (bilik kurungan) sejak 20 tahun lalu, tanpa mengikut piawaian atau kelulusan pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Berita berkaitan: Madrasah Darussolihin akui kelemahan surat aku janji

Wakil berkenaan, Ridzuan, berkata bilik detoks berkenaan hasil idea mudir (pengetua) sudah beroperasi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan terhadap agensi berkenaan.

“Bilik detoks ini adalah bilik pengasingan kerana ada pelatih yang masuk ketagih jadi perlu diasingkan.

“Bilik air tempat tidur semua sekali, tiada katil atau tilam, pakai ‘toto’ atau lapik kain.

“Kita beroperasi (detoks) dahulu, baru kita mohon AADK. Beroperasi atas permintaan orang ramai dengan mudir (pengetua) kami, dan dia siapkan bangunan itu.

“Dan kita (sekarang) dalam proses pendaftaran AADK. Mungkin pengarah baharu tak tahu, tapi dia sendiri mengaku ada permohonan. Kita gagal (lulus), kita sangkut di bahagian PBT (pihak berkuasa tempatan), ” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Madrasah Darussolihin akui kelemahan surat aku janji

Madrasah Darussolihin, Jalan Kebun Shah Alam yang didakwa terbabit isu dera ala ‘militan’ mengesahkan merekalah yang dimaksudkan pengadu, dan mengakui tidak mendapat kelulusan mana-mana pihak sejak 20 tahun lalu.

Wakil Madrasah Darussolihin, Ridzuan mengesahkan madrasah berkenaan sebenarnya hanya sebuah pertubuhan.

Berita berkaitan: Madrasah Darussolihin akui kelemahan surat aku janji

Pertubuhan Kebajikan Darussolihin berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada tahun 2018, tetapi sudah beroperasi sejak 2002.

Ridzuan turut menjelaskan, premis berkenaan hanya bermula daripada sebuah rumah.

“Permulaan (madrasah) hanya sebuah rumah,” katanya.

Sementara itu, dia turut mendakwa hanya mudir madrasah menjalankan kaedah rawatan pemulihan terhadap penghuni.

Dia mengakui kaedah rawatan pemulihan hanya berbentuk amalan penghuni dan tausiyah (wasiat).

Berita berkaitan: Madrasah Darussolihin akui kelemahan surat aku janji

“Mudir sendiri merawat budak (penghuni madrasah).

“Rawatan itu terletak pada amalan mereka (penghuni), masa mudir mengajar, selepas itu dia beri tausiyah,” katanya.

Bagaimanapun Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon pula menafikan dakwaan agensi berkenaan terlibat kerjasama dengan madrasah berkaitan.

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan, pendedahan pelajar didera ala militan ketika mengikuti ‘rawatan pemulihan’ di madrasah di Shah Alam.

Berita berkaitan: Madrasah Darussolihin akui kelemahan surat aku janji

Susulan pendedahan itu, dimaklumkan, madrasah berkenaan tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau AADK.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim turut mengesahkan laporan diterima dan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad menjalankan siasatan dakwaan isu pelanggaran hak asasi manusia di madrasah berkaitan, bagi menjalankan fungsi statutorinya di bawah Seksyen 4 dan 12 Akta SUHAKAM 1999.

Berita berkaitan: Madrasah Darussolihin akui kelemahan surat aku janji

Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, memaklumkan kes madrasah yang didakwa dera pelajar ala militan telah dibawa kepada pihak polis.

Author

Pilihan Editor