HomeHiburanCaprice tak tunduk disaman, netizen beri sokongan

Caprice tak tunduk disaman, netizen beri sokongan

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap, Caprice, tidak akan melayan permintaan pihak tertentu untuk memadam video lama yang didakwa mengaitkan seorang ahli perniagaan kes bekas isterinya, Emilia Hanafi.

Berita berkaitan: Emilia Hanafi menangis ketakutan, lebam dipukul suami – Polis

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli juga tidak akan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf.

Menerusi Instagram, dalam satu hantaran yang dimuatnaiknya, Caprice tidak akan berhenti berjuang mempertahankan mangsa yang memerlukan pertolongan.

“We will not be stopped or silence. Caprice diminta untuk padam video ni dan minta maaf.. hrmm salah orang boss.”

Berita berkaitan: Detik pilu Emilia, anak-anak terpisah, dipenjarakan Syariah kerana ubah tarikh

Rata-rata netizen memberi sokongan terhadap tindakannya enggan tunduk dengan kehendak golongan berkuasa dan kaya.

Pemilik akaun IG rasidahrasidah menulis, “I respect you Caprice lawan habis habisan dia ingat dia Tuhan.”

Pemilik akaun IG mummy4d1d menulis, “menggelabah je tak habis2 nak saman orang sebab duit.”

Berita berkaitan: Detik pilu Emilia, anak-anak terpisah, dipenjarakan Syariah kerana ubah tarikh

Terdahulu Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal memfailkan saman terhadap Caprice, atas dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram miliknya, yang mengaitkan ahli perniagaan itu dengan kes bekas isterinya Emilia Hanafi.

SM Faisal, 43, selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen di sini, menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 15 Ogos lalu dengan menamakan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 36, sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, SM Faisal mendakwa pada 27 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memerintahkan Emilia menjalani hukuman penjara selama tujuh hari, selepas didapati gagal mematuhi perintah pengkomitan mahkamah.

Berita berkaitan: Emilia Hanafi menangis ketakutan, lebam dipukul suami – Polis

Dakwa plaintif, insiden tersebut diuar-uarkan dan dimanipulasi oleh Emilia atau pihak tertentu dengan berniat jahat (mala fide), melalui media massa atau elektronik secara meluas tanpa sebarang rujukan atau klarifikasi daripada pihak plaintif atau Mahkamah Syariah, berhubung kedudukan sebenar kes membabitkan plaintif dan bekas isterinya di Mahkamah Syariah.

SM Faisal mendakwa sehari selepas itu (28 Jun), defendan memburukkan plaintif atau Mahkamah Syariah dengan memuat naik video dan hantaran memfitnah, di Instagram defendan.

Berita berkaitan: Detik pilu Emilia, anak-anak terpisah, dipenjarakan Syariah kerana ubah tarikh

“Hantaran memfitnah itu mendapat publisiti meluas kerana defendan mempunyai lebih kurang 1.5 juta pengikut di Instagramnya dan hantaran tersebut dilihat atau disukai kira-kira 14,500 orang,” dakwa plaintif.

SM Faisal mendakwa hantaran fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang lelaki yang kejam dan semberono mahu memenjarakan bekas isterinya, selain tidak bertimbang rasa dan bertindak agresif terhadap kaum wanita atau kanak-kanak.

Menurut plaintif, tindakan defendan itu menyebabkan beliau tertekan dari segi emosi selain dicemuh dalam kalangan masyarakat umum.

Berita berkaitan: Emilia Hanafi menangis ketakutan, lebam dipukul suami – Polis

Dakwa ahli perniagaan itu, satu surat tuntutan bertarikh 7 Julai lalu dihantar bagi memohon supaya defendan menarik balik hantaran itu selain memohon maaf kepada plaintif, namun defendan gagal memenuhi tuntutan tersebut.

Turut dipohon perintah injunksi supaya defendan mengeluarkan dan memadamkan hantaran fitnah itu, selain memohon perintah untuk menghalang defendan atau wakilnya daripada mengganggu dan mengugut plaintif serta ahli keluarganya, sama ada secara lisan atau melalui media sosial.

Oleh itu, plaintif memohon ganti rugi am, ganti rugi punitif, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk dan kos.

Berita berkaitan: Detik pilu Emilia, anak-anak terpisah, dipenjarakan Syariah kerana ubah tarikh

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili SM Faisal ketika dihubungi pemberita hari ini, mengesahkan pemfailan saman fitnah itu dan memaklumkan 14 Okt ini ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Idah Ismail.

Berita berkaitan: Emilia Hanafi menangis ketakutan, lebam dipukul suami – Polis

Author

Pilihan Editor