KUALA LUMPUR: Walaupun kejadian ini sudah lama berlaku, namun itulah pengalaman yang terpaksa dilalui bekas isteri jutawan SM Faisal SM Nasimuddin, Emilia Hanafi.
Berita berkaitan: Emilia Hanafi menangis ketakutan, lebam dipukul suami – Polis
Ibu tunggal kepada tiga anak ini menceritakan hidupnya sebelum ini dalam ketakutan tetapi terpaksa beranikan diri demi anak-anak.
“Sentiasa kena hati-hati walaupun datang ke mahkamah dalam ketakutan terpaksa beranikan diri, kuatkan semangat, jangan putus asa.
“Orang ikut saya pergi ke mahkamah, ekori kami dari mahkamah, tunggu kami di mahkamah, letak kereta depan kereta saya, halang kereta, tayar kereta kena cucuk.”
Berita berkaitan: Emilia Hanafi menangis ketakutan, lebam dipukul suami – Polis
“Yang paling menakutkan pernah ditunjuk senjata di koridor Mahkamah NCVC2, Mahkamah Sivil Kuala Lumpur, ia berlaku pada sekitar tahun 2017 segala gangguan (harrassment) and ‘stalking’ berlaku sehinggalah kes saya dibantu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), barulah situasi ini tiada.
“Mereka pakai ‘blazer’ atau jaket, salah seorangnya selak jaket dan tunjuk pistol yang ada di pinggangnya.”
“Pernah 20 orang tunggu di luar sekolah dan lain-lain, tetapi selepas PPIM ambil kes saya, tiada lagi ‘stalking’ dan gangguan ke atas saya dan anak-anak,” katanya kepada MEDIA VARIASI.
Emilia sudah membuat laporan polis semua tindakan yang menimbulkan ketakutan dilaluinya sejak tujuh tahun lalu turun naik mahkamah.
Salah satunya dibuat pada 26 April 2017 dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Berita berkaitan: Emilia Hanafi menangis ketakutan, lebam dipukul suami – Polis
Polis membuka kertas siasatan tetapi ketika prosedur pengecaman berbaris Emilia tidak dapat cam individu yang tunjuk pistol kerana individu berkenaan tiada dalam prosedur itu.
Terdahulu, SM Faisal didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia yang juga isterinya ketika itu, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields, di sini antara jam 12.30 tengah hari dan jam 4.30 petang, pada 22 November 2015.
Berita berkaitan: Emilia Hanafi menangis ketakutan, lebam dipukul suami – Polis
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 27 Jun lalu, Emilia dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara tujuh hari kerana didakwa gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, mengenai tarikh lawatan tiga anaknya dan wanita itu dibebaskan dari penjara pada 1 Julai lalu.