HomeBeritaDua tahun bayar rumah ‘ghaib’ di Spektra 1 Petra Jaya tambah beban...

Dua tahun bayar rumah ‘ghaib’ di Spektra 1 Petra Jaya tambah beban B40

Oleh: ARRIAN ZAYNE

KUCHING: Dua tahun bayar rumah ‘ghaib’ di Perumahan Spektra 1, Petra Jaya Kuching Sarawak menghimpit Suherman Sari yang masih menanti pembelaan nasib pembeli sepertinya bilakah projek perumahan itu akan siap.

Membayar ansuran hampir RM1,000 setiap bulan sejak tahun 2020 yang lalu penjawat awam berusia 36 tahun ini mendedahkan bayaran itu kini menjadi beban ekoran turut terpaksa membayar sewa rumah.

“Selain itu saya dan pembeli yang lain juga terpaksa membayar hutang bulanan yang lain seperti kereta dan beberapa lagi tanggungan,” katanya ketika ditemui MEDIA VARIASI.

Mengenang nasib serta rasa dianiaya pihak pemaju dari Kuala Lumpur, Suherman berharap kerajaan Sarawak membela nasib mereka.

“Kami amat berharap kerajaan negeri membantu kami kerana projek perumahan ini sudah lama tergendala,” ujarnya.

Keadaan ini kata Suherman berlarutan dalam tempoh hingga setahun ini kerana lokasi rumah yang ditukar oleh pemaju tetapi sehingga kini lokasi baharu itu masih dipenuhi hutan.

“Saya memohon pihak kerajaan membantu kami untuk mencari penyelesaian ketika ini pihak bank hanya membantu dari segi moratorium selama enam bulan namun ini adalah bulan terakhir untuk saya,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau dan pembeli rumah yang lain turut berharap polisi pembelian rumah dikaji semula kerana ia lebih berpihak (melindungi) kepada pemaju daripada pembeli.

Sejak tahun 2020 lagi para pembeli rumah bagi empat projek perumahan di kawasan DUN Pantai Damai iaitu Perumahan Sentoria Fasa 5 & 7 serta Perumahan Spektra 1 & 2 meraih perhatian agar nasib mereka dibela.

Projek perumahan bernilai antara RM100,000 sehingga RM300,000 itu sepatutnya didiami golongan B40 ini bukannya memberi manfaat namun menambah beban mereka ini.

Author

Pilihan Editor