HomeMV+BongkarMadrasah dera pelajar ala militan tidak berdaftar, tidak diiktiraf AADK

Madrasah dera pelajar ala militan tidak berdaftar, tidak diiktiraf AADK

KUALA LUMPUR: Madrasah yang didakwa mendera pelajar ala ‘militan’ sebenarnya tidak berdaftar dengan mana-mana agensi, hanya mendakwa sendiri sebagai pusat pemulihan dan rawatan.

Berita terkini: Isu madrasah militan: AADK nafi terlibat kerjasama

Sumber Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) memaklumkan, premis yang mendakwa mereka madrasah terletak di Shah Alam ini juga bukan berdaftar sebagai sekolah.

“Mereka dakwa mereka pusat pemulihan dadah persendirian (PPDP) tetapi tidak berdaftar dan tidak diwartakan di bawah Seksyen 16 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.”

“Oleh yang demikian, PPDP ini bukan di bawah kawalan AADK,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Ibu mangsa vmenunjukkan senarai penderaan oleh pihak madrasah terhadap anaknya

Berita terkini: Isu madrasah militan: AADK nafi terlibat kerjasama

Turut difahamkan, premis itu pernah membuat permohonan tetapi tidak diluluskan namun masih terus beroperasi sejak beberapa tahun lalu.

Semalam, MEDIA VARIASI melaporkan hasrat seorang pemuda untuk menimba ilmu agama di sebuah madrasah sambil mendapatkan rawatan bertukar mimpi ngeri apabila cara pemulihan berbentuk penderaan.

Madrasah yang terletak di Shah Alam itu agak dikenali sebagai pusat pemulihan golongan yang ada masalah ketagihan, gangguan dan lain-lain.

Pelajar madrasah yang enggan namanya didedahkan tampil mendedahkan pengalamannya didera ala ‘militan’ sejak April lalu, termasuk dikurung dalam bilik gelap ala penjara, dimasukkan ke dalam lubang bawah tanah, dipukul guna spanar, batang paip dan penyapu.

Berita terkini: Isu madrasah militan: AADK nafi terlibat kerjasama

Dia diberi minum air tembakau, jari kaki dan tangan disepit guna besi, ditumbuk bawah rahang, dipaksa buang air besar dalam plastik.

Susulan pendedahan itu, ibu kepada pelajar madrasah yang mendakwa didera ala militan mendedahkan berlaku rusuhan dan tuntutan wang RM11,970 dalam misi menyelamatkan anaknya.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Ina itu menceritakan detik cemas pada jam 10.40 malam 22 Ogos lalu, apabila dia dan beberapa ahli keluarganya mahu menyelamatkan anaknya yang berusia 20 tahun itu dari madrasah berkenaan.

Berita terkini: Isu madrasah militan: AADK nafi terlibat kerjasama

Menurutnya, seorang ustaz memberi isyarat kepada penghuni lain sebelum lebih ramai turun (penghuni ada 150 orang) dan mengepung mereka sambil memecahkan lampu bagi menghalang rakaman yang dibuat, serta anaknya ditolak beramai-ramai dan ditumbuk di muka sehingga jatuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan laporan diterima dan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Berita terkini: Isu madrasah militan: AADK nafi terlibat kerjasama

Author

Pilihan Editor