KUALA LUMPUR: Ibarat tuntut wang tebusan, itulah yang dialami ibu kepada pelajar madrasah yang dakwa didera ala militan di madrasah di Shah Alam berkenaan.
Berita berkaitan: Isu madrasah ‘militan’: Tutup pusat guna nama agama, burukkan imej Islam
Wanita itu mendedahkan berlaku ‘rusuhan’ dan tuntutan wang RM11,970 oleh pihak madrasah dalam misi selamatkan anaknya.
Dia yang mahu dikenali Ina itu menceritakan detik cemas pada jam 10.40 malam 22 Ogos lalu, apabila dia dan beberapa ahli keluarganya mahu menyelamatkan anaknya yang berusia 20 tahun itu dari madrasah berkenaan.
Berita berkaitan: Isu madrasah ‘militan’: Tutup pusat guna nama agama, burukkan imej Islam
“Tujuan kami ke madrasah itu adalah untuk membawa pulang anak saya yang disyaki mangsa dera namun kami dihalang oleh pihak madrasah.
“Seorang ustaz memberi syarat jika ingin membawa anak keluar, keluarga perlu membayar baki yuran penempatan bagi dua tahun iaitu RM11,970.”
“Yuran bulanan madrasah adalah RM630 dan anak saya baru dimasukkan pada April lalu, jadi apabila ustaz sebut baki bayaran dua tahun maksudnya jumlah RM630 bagi 24 bulan atau RM11,970.
“Ustaz tersebut juga menengking kami dan ianya amat memeranjatkan kami melihat sikap guru di madrasah tersebut.
Berita berkaitan: Isu madrasah ‘militan’: Tutup pusat guna nama agama, burukkan imej Islam
“Dia memberi isyarat kepada penghuni lain sebelum lebih ramai turun (penghuni ada 150 orang) bertindak agresif, mengepung kami, lampu dipecahkan bagi menghalang rakaman yang dibuat, abang kepada mangsa ditolak dan ditumbuk di muka sehingga jatuh.
“Anak saya berjaya dibawa lari dengan kereta, saya hubungi polis berlaku kejar-mengejar dan polis berjaya memintas kenderaan berkenaan dan selamatkan anak saya.”
“Madrasah memaklumkan kami tidak boleh bawa keluar kerana terikat surat aku janji yang mengatakan penghuni tidak boleh keluar atau temui keluarga selama tiga tahun,” katanya kepada MEDIA VARIASI.
Berita berkaitan: Isu madrasah ‘militan’: Tutup pusat guna nama agama, burukkan imej Islam
Semalam, MEDIA VARIASI melaporkan hasrat seorang pemuda untuk menimba ilmu agama di sebuah madrasah sambil mendapatkan rawatan bertukar mimpi ngeri apabila cara pemulihan berbentuk penderaan.
Madrasah yang terletak di Shah Alam itu agak dikenali sebagai pusat pemulihan golongan yang ada masalah ketagihan, gangguan dan lain-lain.
Pelajar madrasah yang enggan namanya didedahkan tampil mendedahkan pengalamannya didera ala ‘militan’ sejak April lalu, termasuk dikurung dalam bilik gelap ala penjara, dimasukkan ke dalam lubang bawah tanah, dipukul guna spanar, batang paip dan penyapu.
Berita berkaitan: Isu madrasah ‘militan’: Tutup pusat guna nama agama, burukkan imej Islam
Dia diberi minum air tembakau, jari kaki dan tangan disepit guna besi, ditumbuk bawah rahang, dipaksa buang air besar dalam plastik.
Selain diberi makan cili padi dan garam, berlari atas batu sehingga pecah tumit kaki, dipaksa mandi dalam parit busuk penuh dengan lintah dan sebagainya pada awal pagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan laporan diterima dan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Turut difahamkan, madrasah ini tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
MEDIA VARIASI masih menunggu maklum balas kedua-dua pihak.
IKUTI PENDEDAHAN SETERUSNYA PELAJAR MADRASAH DAKWA DIDERA ALA MILITAN DI MEDIA VARIASI