HomeHiburanNad Zainal sahkan sudah bercerai

Nad Zainal sahkan sudah bercerai

Oleh: FATTAH RAZZAQ

KUALA LUMPUR: Selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga, alam rumah tanggai yang dibina pelakon, Nad Zainal dan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin runtuhnya akhirnya baru-baru ini.

Sepanjang berkongsi hidup, rumah tangga pasangan itu diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6 tahun dan Budi Kalsom, setahun.

Menerusi Instagram milik pelakon Takdir Yang Tertulis di TV3 itu, dia juga telah memadam gambarnya bersama Faliq.

Nad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin berkata, keputusan berpisah itu bukan mudah untuk diambil.

“Betul, kami sudah bercerai baru-baru ini. Malah keputusan berpisah ini juga dicapai dengan kata sepakat. Kami masih berkawan baik demi dua anak,” katanya ringkas tanpa mahu mengulas panjang.

Diasak bila dan punca bercerai, Pelakon Drama Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2018 melalui lakonannya sebagai gadis autisme dalam drama Fatonah Azali juga kekal menutup mulut bagi mengelak sebarang fitnah.

“Cukup dikongsi status saya kini. Saya perlu menjelaskan soal status diri, supaya tidak mengundang fitnah.

“Apa yang lebih utama kini, saya perlu kuat untuk meneruskan survival membesarkan dua anak serta membiasakan status ibu tunggal,” katanya yang bakal muncul dalam drama Cina Buta arahan Shahrulezad Mohameddin.

Nad mendirikan rumah tangga bersama Faliq pada tanggal 18 Disember 2015.

Author

Pilihan Editor