KUALA LUMPUR : Pelik tapi benar, jenama pakaian bentuk badan atau bengkung Plie mengeluarkan produk untuk ibu hamil.
Berita berkaitan: Korset Plie jaga perut ibu hamil
Rata-rata ibu hamil ditemui MEDIA VARIASI mengakui Plie adalah bengkung berteknologi tinggi yang sangat membantu menjaga postur badan dengan baik, menyokong berat bayi dalam kandungan dengan berkesan malah selesa.
Surirumah, Christine Wong, sedang sarat hamil anak ketiga sanggup menyarungkan bengkung Plie di tubuhnya dalam tempoh 24 jam kerana obses dengan materialnya yang selesa dan menyokong.
Berita berkaitan: Korset Plie jaga perut ibu hamil
“Saya memang pengguna Plie selepas melahirkan anak kedua tetapi untuk kandungan ketiga, saya terpaksa cari bengkung yang betul-betul selesa kerana kandungan kali ini beratnya luar biasa daripada dua anak sebelum ini.
“Doktor ada sarankan untuk pakai bengkung, saya dah cuba macam-macam malah lebih murah dan kurang membantu. Sebaik memakai Plie untuk ibu hamil, jenisnya sampai ke atas perut, ia seperti penyelamat, sangat selesa,” katanya.
Berita berkaitan: Korset Plie jaga perut ibu hamil
Bagi usahawan, Adwina Anuwi, hamil dengan usia kandungan 32 minggu turut senada dengan Christine, bahawa Plie berupaya membuatkan dirinya berasa membawa kandungan tidak terlalu berat dan ianya ‘stretchable’ atau memeri.
“Saya mula pakai bengkung ini masa mula-mula mengandung. Ada dua pasang dan tukar hari-hari.
“Biasanya ada jenis seluar bengkung tidak menutup perut sepenuhnya, tetapi Plie sebaliknya, pakai pun tak berasa lelah,” katanya.
Kedua-dua ibu hamil itu ditemui pada Majlis Pelancaran Koleksi Terbaharu Pakaian Dalam Plie Malaysia dan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-2 Plie bertapak dalam negara, di Bangsar, di sini.
Berita berkaitan: Korset Plie jaga perut ibu hamil
Majlis dikendalikan oleh selebriti terkenal, Daphne Iking dan dimeriahkan dengan kehadiran selebriti dan pempengaruh media sosial seperti Tasha Shila, Izara Aishah, Sarah Anne Noble, Nadia Nasimuddin dan lain-lain.
Plie adalah material fabrik berkualiti dan berteknologi tinggi yang diuji dari Brazil, diusahakan Ketua Pegawai Eksekutif, Plie Malaysia, Adeline C.
Fabrik yang digunakan adalah berasaskan hidrofilik dan penyerap kelembapan, sehingga membantu ibu hamil selesa dan mendapat manfaat rehat secukupnya