HomeBeritaPEMBELA gesa operasi madrasah digantung sehingga siasatan selesai

PEMBELA gesa operasi madrasah digantung sehingga siasatan selesai

KUALA LUMPUR: Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa pihak berkuasa Selangor menggantung operasi Madrasah Darussolihin di Jalan Kebun, Shah Alam buat sementara waktu, sehingga siasatan selesai.

Berita berkaitan: Remaja dimandikan ala jenazah lari dari Madrasah Darussolihin

Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya berkata, beliau bimbang jika berlaku perkara yang boleh mengundang risiko kepada penghuninya.

“Bagi saya, polis kena buat siasatan cepat dan setelus mungkin, pada masa sama, madrasah yang masih dalam siasatan itu perlulah diberhentikan (operasi) sementara dan pelajarnya pulang ke rumah masing-masing sehingga kes ini selesai.

“Ini memandangkan laporan (media) yang ditularkan, menunjukkan bagaimana pelajar telah diberi layanan begitu teruk, mungkin lebih teruk daripada dalam penjara, ini bukan memulihkan akidah.”

Berita berkaitan: Remaja dimandikan ala jenazah lari dari Madrasah Darussolihin

“Kita bimbang, mungkin berisiko terhadap nyawa pelajar tersebut,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Aminuddin turut menambah, pihak yang memberikan lesen kepada madrasah berkenaan juga perlu menggantungkan dulu kelulusan sehingga siasatan selesai.

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan pendedahan pelajar yang mendakwa didera ala militan ketika mengikuti ‘rawatan pemulihan’ di madrasah di Shah Alam.

Susulan itu, Madrasah Darussolihin, Jalan Kebun Shah Alam yang didakwa terbabit isu dera ala ‘militan’ mengesahkan mereka tidak berdaftar dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan walaupun memperkenalkan premis sebagai pusat pemulihan.

Berita berkaitan: Remaja dimandikan ala jenazah lari dari Madrasah Darussolihin

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunadi Mohamed mengesahkan kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad menjalankan siasatan dakwaan isu pelanggaran hak asasi manusia di madrasah berkaitan, bagi menjalankan fungsi statutorinya di bawah Seksyen 4 dan 12 Akta SUHAKAM 1999.

Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, memaklumkan kes madrasah yang didakwa dera pelajar ala militan telah dibawa kepada pihak polis.

Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon menafikan dakwaan agensi berkenaan terlibat kerjasama dengan madrasah berkaitan.

Berita berkaitan: Remaja dimandikan ala jenazah lari dari Madrasah Darussolihin

Author

Pilihan Editor