MOSCOW: Rusia mempunyai rizab gas untuk tempoh 62 tahun, yang secara teknikalnya boleh diekstrak, kata ketua agensi Rosnedra yang menguruskan sumber mineral bawah tanah dalam satu temu bual pada Rabu, lapor Sputnik.
“Kami mempunyai gas asli yang mencukupi, dan secara teknikalnya boleh diekstrak, dan mampu bertahan untuk tempoh 62 tahun,” kata Yevgeny Petrov kepada media tempatan Rossiyskaya Gazeta.
Pegawai itu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada rizab minyak itu berdaya maju untuk diekstrak pada harga gas semasa.
Setakat Januari 2022, Rosnedra menganggarkan rizab minyak yang boleh diperoleh, mampu bertahan untuk tempoh 39 tahun, manakala rizab minyak boleh dipulihkan semula, yang berdaya maju untuk diekstrak pada harga AS$70-80 setong, mampu menyumbang kepada Rusia selama 33 tahun. – BERNAMA