HomeHiburanSerah pada Maha Perancang, jika kembali bersama - Afdlin Shauki

Serah pada Maha Perancang, jika kembali bersama – Afdlin Shauki

GOMBAK: Apabila hati berdamai dengan takdir, menerima hakikat diuji, barulah fikiran tenang dan kembali berusaha menyusun hidup lebih baik.

Pelakon komedi, pengarah dan penyanyi, Datuk Afdlin Shauki Aksan mahu berdamai dengan takdir dan berserah kepada Tuhan tentang diri dan bekas isteri, Datin Maria Christina Orow Abdullah.

Malah, beliau langsung tidak menyimpan dendam atau amarah terhadap bekas isteri.

“Terpulang (kembali bersama), rezeki dan jodoh itu dari Allah SWT. Saya tak ada rasa marah, sakit hati.

“Kalau ada, kita tak tahu, berserah pada Yang Maha Perancang,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Meskipun sudah membuat haluan masing-masing, pelakon filem Juvana ini juga masih terus berpakat bekerjasama dengan bekas isteri demi anak-anak.

“Saya masih baik dengan bekas isteri. Tak pernah ada situasi yang tak berbaik, sampai sekarang baik.

“Walaupun tak bersama lagi, kita tak tahu apa yang berlaku pada masa depan,” katanya yang belum memikirkan pengganti baharu buat masa ini.

Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997 dan dikurniakan tiga anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

Bagaimanapun, masing-masing membuat keputusan untuk bercerai pada April lalu iaitu beberapa bulan sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25.

Author

Pilihan Editor