KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi) menggesa kerajaan campur tangan isu Madrasah Darussolihin di Jalan Kebun, Shah Alam kerana ia babitkan isu keselamatan negara.
Berita berkaitan: Rina Harun digesa campur tangan isu pemulihan cara penderaan
Presiden Srikandi, Datuk Norashikin Abd Ghani berkata, berdasarkan pendedahan rakyat di media sosial kes berkenaan bukan terpencil, ramai yang mendakwa mengalami pengalaman sama dengan bekas penghuni madrasah yang mendakwa didera ala militan.
“Selepas pendedahan bekas penghuni berkenaan ramai tampil malah ada yang saksikan sendiri bagaimana pelajar-pelajar ini didera dalam keadaan menakutkan.”
“Semua pendedahan ini perlu diambil perhatian kerana ia babitkan nyawa, keselamatan awam, satu nyawa pun tetap nyawa juga.
Berita berkaitan: Rina Harun digesa campur tangan isu pemulihan cara penderaan
“Tambahan pula ia babitkan pertubuhan kebajikan menggunakan nama madrasah tetapi dakwa pusat pemulihan, ia mengelirukan orang ramai dan pihak berkuasa untuk ambil tindakan.
“Sehubungan itu, Srikandi menggesa tindakan segera kerajaan, jangan berdiam kerana ada beratus lagi pelajar di dalam sana yang tidak diketahui apa nasib mereka.
“Saya minta ibu bapa dan bekas penghuni lain membuat laporan polis bagi memudahkan pihak berkuasa ambil tindakan,” katanya kepada MEDIA VARIASI.
Berita berkaitan: Rina Harun digesa campur tangan isu pemulihan cara penderaan
Baru-baru ini wakil madrasah dikenali Ridzuan tampil mengesahkan madrasah berkenaan menjalankan pusat pemulihan dadah secara tidak sah sejak 2002 dan hanya sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada tahun 2018.
Berita berkaitan: Rina Harun digesa campur tangan isu pemulihan cara penderaan
Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon turut menafikan dakwaan agensi berkenaan terlibat kerjasama dengan madrasah berkaitan.
MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan, pendedahan pelajar yang mendakwa didera ala militan ketika mengikuti ‘rawatan pemulihan’ di madrasah di Shah Alam.
Susulan itu, lelaki dikenali Hafiz tampil mendedahkan di akaun Twitter hafizfiz18, kronologi kejadian menimpa adiknya yang didakwa didera selepas keluarga menghantarnya atas tujuan untuk berubat.
Berita berkaitan: Rina Harun digesa campur tangan isu pemulihan cara penderaan
Menerusi perkongsian Hafiz, adik lelakinya mengalami gangguan dan keluarga telah menghantarnya ke Madrasah Darussolihin untuk dirawat
Jelas Hafiz lagi, ketika keluarga membuat keputusan untuk keluarkan adiknya dari situ, pihak madrasah tidak mengizinkan dan meminta pampasan sebanyak RM11,970 kerana dikatakan melanggar perjanjian.
Apabila keluarga mahu membawa adiknya ke balai polis, pihak madrasah menghalang dan berkeras sehingga menyebabkan pergelutan di tempat kejadian.
Berita berkaitan: Rina Harun digesa campur tangan isu pemulihan cara penderaan
Malah, menurutnya abangnya juga turut ditumbuk dan pihak madrasah didakwa telah menutup pintu keluar dan menghalangnya dengan kenderaan pacuan empat roda Hilux.
Selepas berlaku pergelutan dan keadaan menjadi kacau bilau, pihak madrasah telah membawa adiknya ke dalam kereta mereka untuk ke balai polis.
Namun ketika di dalam perjalanan, pihak polis berjaya menahan mereka kerana membawa lari adik Hafiz.
Mereka semua kemudian ke IPD Shah Alam dan selepas laporan dibuat serta keterangan diambil, polis membenarkan adiknya pulang bersama keluarga.