HomeMV+BongkarSUHAKAM siasat madrasah dera ala militan

SUHAKAM siasat madrasah dera ala militan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menjalankan siasatan dakwaan isu pelanggaran hak asasi manusia di sebuah madrasah di Selangor.

Berita berkaitan: Madrasah militan: Menteri Agama serah kepada polis

Pengerusi SUHAKAM, Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad berkata, siasatan itu dibuat selepas pihaknya menerima satu aduan pada 14 September lalu.

“Setakat ini, di dalam menjalankan fungsi statutorinya di bawah Seksyen 4 dan 12 Akta SUHAKAM 1999, Suruhanjaya telah menjalankan lawatan ke madrasah.

“SUHAKAM telah berjumpa dengan pihak pengurusan madrasah, menemubual kakitangan dan pelajar-pelajar.

“Turut diadakan adalah melawat kawasan tempat tinggal pelajar dan kemudahan lain di madrasah tersebut.

“SUHAKAM juga telah menemubual pegawai penyiasat yang menyiasat kes penderaan itu.

Berita berkaitan: Madrasah militan: Menteri Agama serah kepada polis

“SUHAKAM masih lagi dalam proses menjalankan siasatan dan akan mendapatkan maklumat lanjut dari pihak-pihak berkenaan sebelum melengkapkan siasatan.

“Hasil siasatan SUHAKAM berserta syor-syor berkaitan akan dikemukakan kepada semua agensi dan pihak yang berkenaan dengan isu ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada MEDIA VARIASI.

Secara umumnya, SUHAKAM menentang segala bentuk hukuman yang keterlaluan termasuk di pusat tahanan, pusat rehabilitasi, institusi pendidikan dan sebagainya sepertimana termaktub di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Perkara 3 Perisytiharan Hak Asasi Manusia (UDHR) 1948.

Berita berkaitan: Madrasah militan: Menteri Agama serah kepada polis

SUHAKAM juga berharap agar pihak berkuasa dapat memastikan siasatan dijalankan dengan kadar segera terhadap semua aduan dan laporan kes-kes penderaan dan hukuman yang keterlaluan, diikuti dengan pelaksanaan proses pendakwaan dan pendengaran apabila wujud bukti yang boleh dipercayai.

SUHAKAM mengalu-alukan mana-mana individu lain untuk membuat aduan kepada SUHAKAM sekiranya mereka turut mengalami penderaan atau menerima hukuman yang keterlaluan di madarasah tersebut atau di mana-mana insitusi lain.

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan, pendedahan pelajar didera ala militan ketika mengikuti rawatan Islam di madrasah di Shah Alam.

Berita berkaitan: Madrasah militan: Menteri Agama serah kepada polis

Susulan pendedahan itu, dimaklumkan, madrasah berkenaan tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Dokumen perjanjian surat aku janji yang ditandatangani pihak ibu bapa dan institusi, dipercayai tidak sah.

Pihak pengurusan madrasah juga menyimpan MyKad penghuni-penghuninya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim turut mengesahkan laporan diterima dan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon pula menafikan dakwaan agensi berkenaan terlibat kerjasama dengan madrasah berkaitan.

Berita berkaitan: Madrasah militan: Menteri Agama serah kepada polis

Author

Pilihan Editor