HomeMV+EksklusifWartawan MEDIA VARIASI tenangkan wanita dirogol putus asa hidup

Wartawan MEDIA VARIASI tenangkan wanita dirogol putus asa hidup

KUALA LUMPUR: Kadang-kadang komen atau pandangan yang melampau terhadap seseorang boleh membahayakan nyawa orang lain.

Lagi berita Eksklusif: Pemilik salun Danny habis RM130,000 ‘baiki’ hidung

Tidak semua orang boleh terima tekanan atau menguruskan tekanan, tohmahan, fitnah dengan baik.

Seorang wanita yang tular di media sosial mendakwa dia dirogol pelanggan ketika servis penapis udara di rumah lelaki itu, cuba membunuh diri kerana fitnah dan kebencian netizen.

Wanita dikenali sebagai Laila, mengakui amat tertekan selepas seorang Youtuber mendakwa dirinya berbohong walaupun dia sudah membuat laporan polis mengenai jenayah itu.

Lagi berita Eksklusif: Pemilik salun Danny habis RM130,000 ‘baiki’ hidung

Youtuber terbabit memaklumkan pihak polis sudah menyelesaikan siasatan kes ini dan mendapati ia perbuatan suka sama suka.

Luahan Laila yang berputus asa untuk meneruskan hidup itu dimaklumkan secara Whatsapp telah mengejutkan wartawan MEDIA VARIASI yang dihubunginya.

Laila menghantar video dia berada di balkoni sebuah pangsapuri yang tinggi sambil menangis dan memberitahu berulang kali mahu membunuh diri.

Wartawan MEDIA VARIASI  berjaya menenangkan Laila agar tidak meneruskan tindakannya dengan mengambil contoh ada orang lain yang dikenali difitnah lebih teruk sehingga menimbulkan kebencian awam terhadap dirinya.

Lagi berita Eksklusif: Pemilik salun Danny habis RM130,000 ‘baiki’ hidung

Fitnah itu menyebabkan individu berkenaan kehilangan segala-galanya malah memusnahkan masa depan kerjaya dan reputasinya namun individu itu tidak putus asa kini telah bangkit dan berjaya.

Selepas kisah itu dikongsi sehingga menyebabkan Laila kembali tenang dan masih berkomunikasi dengan baik ketika saat artikel ini ditulis.

Susulan fitnah Youtuber itu, Laila telah membuat laporan polis di balai polis Sepang menafikan dakwaan dan fitnah Youtuber berkenaan.

Lagi berita Eksklusif: Pemilik salun Danny habis RM130,000 ‘baiki’ hidung

“Saya minta pihak polis melakukan siasatan terhadap lelaki Youtuber bernama Donivia Channel yang membuat video dan tuduhan melampau.

“Ini fitnah, dia menafikan kejadian rogol seolah-olah dia berada di lokasi kejadian. Dia tuduh kata kejadian adalah suka sama suka. Kalau suka sama suka, baik saya diamkan diri, tak pergi buat laporan polis.

“Saya buat laporan polis dan saya tahu hak saya di sisi undang-undang jika beri maklumat palsu boleh dikenakan dua tahun penjara.

“Saya berani buat ujian bohong guna mesin poligraf yang digunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam siasatan mereka.

Lagi berita Eksklusif: Pemilik salun Danny habis RM130,000 ‘baiki’ hidung

“Sumpah, saya tak kuat. Hari-hari saya rasa nak mati, saya mangsa tetapi saya pula dipersalah macam ni. Kalau saya suka rela, saya takkan habiskan masa saya dekat hospital, balai,” katanya ketika dihubungi MEDIA VARIASI.

Wanita berkenaan memaklumkan dia sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran anak keduanya, namun tidak menyangka musibah yang berlaku terhadap dirinya pada hari kejadian.

Ibu tunggal tiga anak, masing-masing enam, sembilan dan 11 tahun itu setakat ini sudah menjalankan pemeriksaan di Hospital Putrajaya dan laporan polis dibuat di Balai Polis Sepang.

Lagi berita Eksklusif: Pemilik salun Danny habis RM130,000 ‘baiki’ hidung

Wanita itu turut menambah, buat masa ini dia dimaklumkan diberi cuti bergaji selama sebulan oleh syarikat penapis udara, malah akan diberi sesi terapi kaunseling dalam tempoh terdekat oleh majikannya.

Beberapa hari lalu, seorang wanita tampil mendakwa dirinya telah diperkosa ketika sedang melakukan servis penapis udara di rumah pelanggan.

Pendedahan itu dikongsikan sendiri oleh mangsa dalam satu video di TikTok miliknya, bagaimanapun video itu telah dipadam.

Susulan itu, difahamkan ‘si pelaku’ turut membuat laporan polis selepas mendapati isu ini tular.

Lagi berita Eksklusif: Pemilik salun Danny habis RM130,000 ‘baiki’ hidung

Author

1 COMMENT

Pilihan Editor