HomeMV+EksklusifBengkung Melayu asalnya untuk perisai

Bengkung Melayu asalnya untuk perisai

PEMAKAIAN bengkung di Barat yang biasanya kita lihat menerusi filem dipakai secara ketat, tidak selesa namun saiz pinggang pemakainya kelihatan lebih ramping dan badan terbentuk seperti ‘hour glass’.

Berita berkaitan: Bengkung warisan Melayu kegilaan wanita Kanada

Pemakaian korset pada era 1730 -1740 di Barat. Sumber foto Los Angeles County Museum of Art

Di Tanah Melayu pula lebih kurang sama caranya namun bengkung selepas beranak ketika tempoh berpantang kainnya lebih panjang sehingga ke bawah perut dan ikatannya berbeza.

Pemakaian bengkung yang konsisten memang diakui mampu mengecilkan saiz pinggang dan mengurangkan keupayaan untuk makan lebih banyak.

Berita berkaitan: Bengkung warisan Melayu kegilaan wanita Kanada

Malah bentuk badan wanita zaman dahulu lebih cantik dan kemas kerana pemakaian bengkung yang konsisten ini.

Namun apa sejarah asal usul bengkung di Tanah Melayu?

Noor Rafiza

Pengkaji sejarah Melayu, Noor Rafiza Ahmad berkata, pemakaian bengkung pada asalnya sebagai satu simbolik Melayu amat menjaga rahsia daripada pihak yang memusuhi, yang berdengki khianat dan boleh yang membuatkannya jatuh.

Berita berkaitan: Bengkung warisan Melayu kegilaan wanita Kanada

“Bagai pepatah Melayu pandai makan pandailah simpan atau biar pecah di perut jangan pecah di mulut, atau kerana mulut badan binasa.

“Jadi itulah perlambangan kepada rahsia Melayu dan bengkung yang terletak menutupi perut dan menjadi salah satu pemakaian kemuliaan Melayu.

“Bengkung digunakan dengan fungsi berbeza pada asalnya ia digunakan sebagai perisai ketika berperang.”

“Muzium Warisan Melayu menyimpan kain cindai yang dikatakan digunakan sebagai bengkung oleh legenda Cik Siti Wan Kembang dan Hang Tuah ketika ke medan berperang.

“Ia dipakai lelaki dan wanita secara berlapis-lapis sebagai perisai daripada ancaman dan bahaya ghaib dan nyata,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Bengkung warisan Melayu kegilaan wanita Kanada

Kain Cindai yang berusia ratusan tahun disimpan di Muzium Warisan Melayu

Tambah Rafiza, kain asal bengkung adalah Cindai atau dikenali kain Patola, diperbuat menggunakan serat nenas dan dikatakan ada serapah yang menjadikannya sakti.

“Selain untuk perisai diri, Melayu dahulu juga menyimpan barang berharga atau ayat mantera di dalam lipatan bengkung.

“Melayu sorok kepingan emas dan lain-lain di dalam bengkung, elak ketika bertembung dengan pedagang luar.

“Selain itu wanita dan lelaki memakai bengkung untuk menjaga tulang belakang, khususnya selepas beranak.

“Melayu zaman dahulu sebenarnya tidak mementingkan kecantikan sebab mereka terlalu sibuk urusan yang lain tetapi Tuhan sentiasa mencantikkan mereka dibatas kesibukkan mereka itu.

“Jadi mereka hanya menggunakan bengkung ini tanpa apa-apa niat hanya untuk pastikan tulang kuat untuk bekerja.

“Mereka tak pakai ketat kerana ia boleh rosakkan tulang dan organ,” katanya.

Berita berkaitan: Bengkung warisan Melayu kegilaan wanita Kanada

Pemakaian bengkung untuk mendapat bentuk badan lebih kemas

Selain ia dipakai tanpa mengira gender, pemakaian bengkung terdiri daripada dalam dan luar pakaian.

“Ia sebagai simbolik kuasa, dari bengkung di luar kita tahu kedudukan seseorg sama ada bawahan atau bangsawan atau Raja,” katanya.

Namun hari ini bengkung dipakai untuk nampak cantik semata-mata dan tiada siapa tahu asal usulnya.

Berita berkaitan: Bengkung warisan Melayu kegilaan wanita Kanada

Author

Pilihan Editor