DEEPAVALI, iaitu pesta cahaya penuh simbolik merupakan antara perayaan utama yang disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di Malaysia.
Sambutan Deepavali yang menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan atau simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan.
Semalam, masyarakat Hindu merayakan perayaan Deepavali. Antara kuil yang menjadi perhatian adalah Kuil Sri Maha Maariamman Devasthanam, Shah Alam.
Kuil Sri Maha Maariamman Devasthanam yang berusia 122 tahun dikunjungi masyarakat Hindu dalam sekitar 3,000 orang masyarakat Hindu datang untuk upacara sembahyang meraikan perayaan Deepavali.
Ada yang datang bersama keluarga besar, dengan penuh kegembiraan dan kegirangan.