CYBERJAYA: Lautan Variasi Sdn Bhd, sebuah syarikat telekomunikasi satelit hari ini bersetuju menjalin kerjasama dengan Kelab Bolasepak MOTA dalam penganjuran Kejohanan Futsal MOTA Dalaman dengan menaja kejohanan tersebut.
Kejohanan peringkat Grand Final akan diadakan pada 27 November 2022 akan menghimpunkan 56 pasukan yang terdiri daripada lebih 500 pelatih akademi dari 15 cawangan MOTA di Lembah Klang.
Sempena penajaan Lautan Variasi, kejohanan ini akan dinamakan Grand Final KFMD 2022|Piala Lautan Variasi dan akan diberi liputan oleh MEDIA VARIASI sebagai rakan media rasmi kejohanan.
Menurut Pengarah Urusan Lautan Variasi, Datuk Syed Nasir Hussin Syed Peer, beliau berbesar hati menaja kejohanan tersebut kerana selain minat yang mendalam dalam bidang sukan, beliau mahu lebih ramai bakat cilik yang mempunyai potensi besar dalam sukan futsal dan bola sepak dicungkil.
“Saya sendiri memang minat dan aktif bersukan, jadi saya amat teruja bila melihat bakat-bakat cilik beraksi di gelanggang futsal. Mereka berpotensi menjadi pemain cemerlang jika mendapat bimbingan dan latihan yang betul,” katanya.