HomeMV+EksklusifMahkamah tolak permohonan SM Faisal sekat kebebasan bersuara Emilia

Mahkamah tolak permohonan SM Faisal sekat kebebasan bersuara Emilia

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak tuntutan jutawan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal berkaitan sekatan kebebasan bersuara terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan membacakan keputusan itu selepas mendengar hujahan oleh peguam-peguam mewakili Emilia dari firma guaman Nizam Bashir & Associates.

Berita berkaitan: Kunci kereta Ferrari jadi barang kes keganasan terhadap Emilia Hanafi

Amer
Amer Ashrhaf

Peguam mewakili Emilia hari ini, Amer Ashrhaf berkata, perintah itu yang difailkan Faisal pada 22 Julai lalu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi memohon ganti rugi dan perintah menghalang Emilia memuat naik sebarang kata-kata ataupun ‘posting’ di semua platform media sosial serta media masa.

“Pihak plaintif turut memohon agar Emilia agar tidak menulis sebarang status kes Mahkamah Syariah dan juga di Mahkamah Sivil.

“Plaintif (Faisal) secara umumnya mendakwa anak guam saya telah membuat kekacauan kepadanya, keluarganya dan reputasinya susulan perkara-perkara yang didakwa tersebut, yang mana beliau telah menafikan sekeras-kerasnya.

“Menerusi tuntutan itu juga, plaintif memfailkan suatu permohonan untuk mendapatkan perintah halangan ataupun injunksi interim terhadap anak guam saya sementara prosiding kes.

Berita berkaitan: Kunci kereta Ferrari jadi barang kes keganasan terhadap Emilia Hanafi

“Plaintif juga memohon anak guam saya berada dalam lingkungan 500 meter daripadanya, wakilnya, keluarganya, serta premis-premis kediamannya dan perniagaannya.

“Dengan keputusan Mahkamah hari ini, permohonan injunksi Plaintif telah ditolak dan anakguam kami bersyukur atas keputusan tersebut,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Barisan peguam yang mewakili Emilia selain Amer adalah Nizam Bashir dan Azad Akhbar Khan.

Berita berkaitan: Kunci kereta Ferrari jadi barang kes keganasan terhadap Emilia Hanafi

Terdahulu, Faisal turut memfailkan saman terhadap penyanyi rap Caprice dan aktivis, Mona Din berikutan menulis kes Emilia di media sosial masing-masing.

Isteri ahli perniagaan terkenal itu dipenjara selama tujuh hari di atas kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur berhubung menukar ganti tarikh lawatan ketiga-tiga anak mereka.

Setelah dibebaskan, Faisal memfailkan tuntutan harta sepencarian daripada Emilia berhubung satu per empat bahagian kediaman kelamin mereka sepanjang tempoh perkahwinan.

Perbicaraan kes keganasan rumah tangga ke atas Emilia dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini.

Berita berkaitan: Kunci kereta Ferrari jadi barang kes keganasan terhadap Emilia Hanafi

Author

Pilihan Editor