HomeGlobalMayat 'terjulur' keluar, 25 kubur terjejas akibat tanah runtuh

Mayat ‘terjulur’ keluar, 25 kubur terjejas akibat tanah runtuh

JAKARTA: Sebanyak 25 kubur terjejas teruk akibat tanah runtuh yang berlaku dalam kejadian hujan lebat di Tanah Perkuburan Awam (TPU) Sirnaraga, Kota Bandung.

Insiden yang berlaku pada Selasa lalu itu tular di media sosial kerana rata-rata netizen berasa ngeri melihat mayat yang dibaluti kain kafan terjulur keluar dari kubur yang berada di kawasan tebing.

Ketua Unit Pelaksana Teknikal (UPT) Tanah Perkuburan Wilayah 3 Kota Bandung, Saeful Iman berkata, beberapa jenazah hampir hanyut berikutan benteng penahan TPU di kawasan tersebut mengalami tanah runtuh.

Menurutnya, 10 daripada 25 kubur mengalami kerosakan manakala tujuh pula dicadangkan untuk dipindah.

“Dari tujuh kubur itu terdiri dari lima kubur kanak-kanak dan dua kubur dewasa,” katanya seperti dilapor CNN pada Rabu.

Dalam pada itu, Saeful turut memaklumkan bahawa pihaknya akan menghubungi waris yang berkaitan bagi urusan pemindahan kubur.

Author

Pilihan Editor