HomeBeritaPolitikPRU15: PKR tidak akan bekerjasama dengan GTA, PN

PRU15: PKR tidak akan bekerjasama dengan GTA, PN

PETALING JAYA: Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa PKR dan PH tiada hasrat untuk bekerjasama dengan Gabungan Tanah Air (GTA) dan Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata dalam kenyataan pada Khamis, PKR tiada hasrat untuk mengadakan perbincangan kerjasama pilihanraya dengan GTA dan PN.

“Saya meneliti beberapa laporan media yang membayangkan bahawa Presiden PKR dan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersedia dan terbuka untuk bekerjasama dengan GTA atau PN.

“Ini tidak benar. Pendirian PKR dan PH amat jelas, iaitu fokus utama kami adalah untuk memperkukuh Pakatan Harapan itu sendiri.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa sebarang kerjasama dengan mana-mana parti menjelang PRU15 tidak hanya tertumpu kepada usaha menumbangkan UMNO-BN tetapi mesti berteraskan prinsip-prinsip agenda reformasi, tatakelola yang baik, dan melawan rasuah,” tegasnya.

Author

Pilihan Editor