HomePendidikanPTTI, IPT berkolaborasi tingkat kemasukan pelajar

PTTI, IPT berkolaborasi tingkat kemasukan pelajar

KUALA LUMPUR: Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI berkolaborasi dengan Institut Pengajian Tinggi (IPT) sebagai langkah drastik untuk meningkatkan peratusan pelajar menyambung ke pengajian tinggi.

“PTTI menyumbang RM10,000 kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali gus membuka peluang untuk meningkatkan kolaborasi dengan IPT.

“PTTI percaya kerjasama ini penting untuk menaik taraf tahap pendidikan negara ke arah mewujudkan ekosistem pembelajaran yang holistik dari peringkat menengah ke IPT.

“Dalam masa sama, PTTI komited untuk membuka peluang lebih besar untuk sebarang bentuk kerjasama dengan IPT,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

PPTI antara penyumbang alumni pada Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang @ Homecoming ke-11, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diadakan di Dewan Besar Pusat Kesenian dan Kebudayaan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Canselor UPM berkenan berangkat diringi Naib Canselor Datuk Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman dan Presiden Persatuan Alumni UPM, Datuk Raihan Sharif.

Lebih teruja apabila baginda turut melawat gerai pameran PTTI.

Dalam perkembangan lain, Cikgu Fana berkongsi PTTI melancarkan program khas Selekoh Akhir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diadakan pada Disember depan sebagai persediaan akhir menjelang SPM yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Kami percaya ramai pelajar SPM tahun ini sedikit panik kerana terpaksa mengubah persekitaran belajar dengan mendadak dan ada banyak aktiviti sekolah yang perlu dilakukan sejak pembukaan semula sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Oleh itu, PTTI percaya dengan kebolehan kami untuk membantu pelajar memperbaiki keputusan SPM yang mendatang demi menjamin masa depan lebih baik,” katanya.

 

Author

Pilihan Editor