KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang merasakan suasana sebenar industri makanan Korea Selatan menerusi acara K-Food Fair 2022 yang diadakan di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu dan Khamis.
Acara yang berlangsung dua hari ini merupakan acara yang dibawakan Perbadanan Agro-Perikanan dan Makanan Korea Cawangan Malaysia (aT) di Republik Korea dengan kerjasama Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea Selatan.
Untuk rekod, aT merupakan agensi kerajaan yang diasaskan pada tahun 1967 yang diamanahkan dengan promosi perdagangan, eksport, dan pemasaran makanan dan minuman Korea di seluruh dunia.
Di bawah arahan Kementerian Pertanian dan Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar, misi aT adalah untuk mempromosikan produk makanan Korea dan menyokong eksport mereka ke seluruh dunia.
Selain dapat merasai pelbagai juadah berkaitan masyarakat Korea Selatan, orang ramai juga berpeluang mendalami kemeriahan budaya masyarakat di sana dengan mencuba pakaian tradisional, Hanbok.
Melalui penyertaan dalam pameran utama, menambah baik reka bentuk pembungkusan, pengiklanan dan inisiatif lain, aT meningkatkan kebiasaan makanan dan produk Korea serta memenuhi pasaran pengguna global.
Dengan tagline ‘Di mana sahaja, bersama K-Food’, acara ini juga membina dan memupuk hubungan antara pengilang, pengeksport dengan pengimport dan pengedar.
Antara makanan daripada syarikat industri makanan Korea Selatan yang dipamerkan di acara ini adalah seperti berikut: