HomeSukanGavi cipta rekod penjaring termuda di Piala Dunia, atasi Pele

Gavi cipta rekod penjaring termuda di Piala Dunia, atasi Pele

PEMAIN tengah berbakat Sepanyol, Gavi memecahkan rekod selaku penjaring termuda dalam kejohanan Piala Dunia yang dipegang oleh legenda, Pele sejak tahun 1958 selepas menjaringkan gol untuk Sepanyol ketika menewaskan Costa Rica 7-0 dalam perlawanan awal pagi tadi.

Pemain Barcelona itu mencipta rekod tersebut melalui jaringan gol pada minit ke-74 selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

Gavi juga mencatatkan rekod pemain temuda dalam pasukan Sepanyol di peringkat kejohanan antarabangsa utama pada usia 18 tahun, 110 hari.

Untuk rekod, Pele yang berusia 17 tahun, 249 hari menjaringkan gol dalam kemenangan Brazil pada final Piala Dunia 1958 ke atas Sweden.

Author

Pilihan Editor