HomeBeritaGRS akur keputusan Agong mengenai pembentukan kerajaan Persekutuan

GRS akur keputusan Agong mengenai pembentukan kerajaan Persekutuan

CYBERJAYA: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyatakan parti itu akur kepada apa saja keputusan dan nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, GRS berpendirian bahawa adalah perlu pembentukan kerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan segera.

“GRS berpendirian bahawa penubuhan kerajaan perpaduan harus inklusif dan melibatkan Kerajaan Sabah dan Sarawak yang diberi mandat oleh rakyat.

“Untuk memastikan negara maju ke hadapan, kita mesti mempunyai kestabilan politik demi menjamin pembangunan ekonomi ke arah kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) memaklumkan parti itu akur dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan.

 

Author

Pilihan Editor