HomeSukanEngland cemas kecederaan buku lali Kane

England cemas kecederaan buku lali Kane

ENGLAND berada dalam situasi yang membimbangkan setelah kapten, Harry Kane bergelut untuk cergas dari kecederaan buku lali yang dihadapinya selepas perlawanan pertama kejohanana Piala Dunia Qatar 2022 bertemu Iran pada Isnin lalu.

Kane kelihatan ditimpa kecederaan itu setelah dijatuhkan pemain pertahanan, Morteza Pouraliganji ketika aksi bertemu Iran di separuh masa kedua.

Penyerang itu digantikan oleh Callum Wilson pada minit ke-75 dan meyumbang dua hantaran ketika membantu England merekodkan kemenangan besar 6-2 ke atas Iran dalam perlawanan pembukaan buat skuad the Three Lions.

England akan bertemu Amerika Syarikat dalam perlawanan kedua kumpulan B pada Jumaat ini.

Author

Pilihan Editor