TEHRAN: Iran mengeksport 250 juta tan bahan makanan dan produk pertanian ke Qatar setiap hari semasa kejohanan Piala Dunia FIFA, kata ketua Pertubuhan Promosi Perdagangan (TPO) Iran, Ali-Reza Peyman-Pak.
Beberapa kargo mengandungi produk Iran telah dihantar ke Qatar dan negara jiran di bawah perjanjian antara kedua-dua negara, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Pelaksanaan perjanjian sedemikian telah disediakan ketika TPO menyertai pameran di Doha, Qatar baru-baru ini.
Sementara itu, promosi perdagangan dengan negara jiran menjadi pendekatan utama kerajaan Iran sekarang, katanya.
Qatar turut menurunkan tarif untuk ahli perniagaan Iran bagi eksport semula (re-exports).
Piala Dunia FIFA Qatar 2022 membuka tirainya pada Ahad dan perlawanan akhir akan berlangsung pada 18 Disember. – BERNAMA