PUCHONG: Kawasan Parlimen Puchong sah mempertandingkan empat calon dari parti BN, PN, PH dan bebas untuk Pilihan Raya Umum ke-15.
Perkara itu diumumkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di Pusat Penamaan Calon Puchong, di Dewan Serbaguna Puchong Indah MBSJ Puchong pada pagi Sabtu.
Empat calon tersebut ialah Presiden KIMMA, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader daripada BN; Chew Jyh Gang daripada PN; bekas Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin dari PH; dan aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan Uncle Kentang daripada parti bebas.