HomeBeritaPolitikPRU15: Penyokong parti bersemangat waja! Sanggup datang awal sokong calon bertanding

PRU15: Penyokong parti bersemangat waja! Sanggup datang awal sokong calon bertanding

 

CYBERJAYA: Proses penamaan calon yang berlangsung hari ini nyata kelihatan begitu meriah dengan kehadiran ratusan penyokong daripada pelbagai parti.

Rata-rata penyokong kelihatan tiba di kawasan penamaan calon sejak jam 7 pagi dengan membawa poster dan sepanduk bagi memberi sokongan kepada calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Di Gombak, para penyokong daripada pelbagai parti bersemangat wajar memeriahkan suasana pagi ini dengan perarakan bersama calon ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu.

Malahan, para penyokong yang hadir turut dilihat mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu orang awam serta penyokong yang mengiringi calon, dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan pusat penamaan yang ditetapkan.

Untuk rekod, Parlimen Gombak merupakan antara kerusi panas kerana bakal menyaksikan pertembungan antara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH-PKR) dengan Datuk Seri Mohammed Azmin Ali (Bersatu-PN).

Turut bertanding di Parlimen itu ialah Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN-UMNO), Aziz Jamaludin Mhd Tahir (GTA -Putra) dan Zulkifli Ahmad (Bebas).

Authors

Pilihan Editor