HomeHiburanNew Boyz 'comeback'! Anjur konsert Sejarah Mungkin Berulang Februari depan

New Boyz ‘comeback’! Anjur konsert Sejarah Mungkin Berulang Februari depan

 

CYBERJAYA: Berita gembira buat peminat New Boyz kerana kumpulan muzik itu akan mengadakan konsert pada 10 dan 11 Februari depan.

Perkara itu dikongsikan vokalisnya, Tomok menerusi hantaran di media sosial rasminya.

“Besar harapan saya untuk konsert ini.

“Semoga kita dapat bersua nanti… khabarkan pada kawan kawan ya,” maklumnya ringkas.

Justeru, peminat New Boyz boleh membeli tiket bermula jam 10 pagi pada Isnin depan dengan tawaran harga serendah RM98.

Tiket berkenaan boleh dibeli menerusi laman www.onetix.com.my

Author

Pilihan Editor