HomeBeritaSyed Ibrahim santuni pengundi di pasar borong, rakyat doakan kemenangan BN di...

Syed Ibrahim santuni pengundi di pasar borong, rakyat doakan kemenangan BN di Puchong

SERI KEMBANGAN: Hari ini merupakan hari terakhir buat seluruh calon berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana esok, 19 November, bakal menjadi hari penentuan buat rakyat memilih pemimpin baharu untuk mentadbir negara.

Calon Barisan Nasional Parlimen Puchong, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader turut mengambil kesempatan di saat-saat akhir ini dengan menyantuni para pengundi di pasar borong Selangor, Putra Permai, pagi tadi.

Kehadiran beliau di pasar berkenaan disambut baik oleh para peniaga dan pembeli sekali gus memeriahkan lagi suasana jual beli.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim turut meluangkan waktu beramah mesra dengan peniaga bagi mengetahui masalah-masalah yang dihadapi mereka.

Malah, warga Puchong yang ditemui beliau turut berharap Syed Ibrahim dapat membawa perubahan yang terbaik buat kawasan berkenaan.

 

Author

Pilihan Editor