HomeSukanMane cedera, terlepas aksi Piala Dunia bersama Senegal

Mane cedera, terlepas aksi Piala Dunia bersama Senegal

PERSATUAN BolaSepak Senegal (SAF) mengesahKan penyerang bintang, Sadio Mane  tidak akan beraksi pada Kejohanan Piala Dunia Qatar 2022 akibat kecederaan fibula.

Mane yang disenaraikan dalam barisan skuad 26 pemain untuk bersama Senegal bagi menghadapi kejohanan terbabit dilihat cergas namun tidak diturunkan untuk beberapa siri perlawanan pemanas badan buat Senegal.

Penyerang Bayern Munich itu ditimpa kecederaan dalam aksi Bundesliga menewaskan Schalke 2-0 pada minggu lalu dan mengikut situasi terkini Mane memerlukan pembedahan dan bakal terlepas keseluruhan kejohanan.

Ketiadaan Mane akan memberi tamparan hebat buat Senegal setelah memainkan peranan penting membantu pasukannya menjuarai Piala Negara-Negara Afrika dengan Mane menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti dalam perlawanan final bertemu Mesir.

Senegal akan bertemu Belanda dalam perlawanan pertama kumpulan A turut diundi bersama tuan rumah, Qatar dan Ecuardo.

Author

Pilihan Editor