PARIS SAINT-GERMAIN (PSG) menewaskan Juventus 2-1 namun masih tidak cukup untuk muncul sebagai juara kumpulan H kepada Benficadalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2022/2023, di Stadium Juventus, awal pagi tadi.
Jaringan pembukaan PSG dihasilkan oleh Kylian Mbappe dengan Leonardo Bonucci menyamakan kedudukan buat Juventus.
Pertahanan kiri, Nuno Mendes meledak gol kemenangan selepas babak kedua perlawanan berlangsung untuk mengiringi Benfica mara ke pusingan 16 kelompok terbaik.
Benfica yang memperoleh kemenangan besar 6-1 ke atas Maccabi Haifa memperoleh kelebihan empat gol ke atas PSG sekaligus menobatkan pasukan dari Liga Portugal itu sebagai juara kumpulan.
Kedua-dua pasukan Benfica dan PSG terikat dari segi jumlah mata, rekod pertemuan, jumlah jaringan gol dan perbezaan gol yang membuatkan juara kumpulan perlu ditentukan melalui kelebihan jaringan gol di tempat lawan.
Benfica yang mempunyai lebih banyak gol di tempat lawan disahkan sebagai juara kumpulan mengatasi PSG.
PSG dijangka bakal berdepan laluan sukar di pusingan kalah mati dengan pasukan yang kuat seperti Real Madrid, Bayern Munich, Manchester City dan Chelsea untuk undian yang seterusnya akan dibuat pada nanti.