HomeHiburanBlackpink bakal kongsi 'kisah sebalik tabir' dalam B.P.M

Blackpink bakal kongsi ‘kisah sebalik tabir’ dalam B.P.M

CYBERJAYA: Berita gembira buat peminat k-pop, kumpulan Blackpink bakal muncul dengan program realiti terbaharu berjudul ‘Born Pink Memories’ (B.P.M).

Berita itu disahkan oleh syarikat pengurusan YG Entertainment secara rasmi mengumumkan B.P.M bakal menjadi program realiti pertama kumpulan idol itu, lapor Soompi.

Tambah agensi berkenaan, B.P.M yang bakal ditayang menerusi saluran YouTube rasmi Blackpink itu akan membawa peminat melihat sendiri persiapan di sebalik tabir promosi terbaharu kumpulan itu bagi album ‘Born Pink’.

“Blackpink akan mempamerkan sisi semula jadi, berbeza sekali daripada personaliti mereka ketika membuat persembahan di atas pentas.

“Selain rakaman di sebalik tabir daripada aktiviti mereka, Blackpink juga akan berkomunikasi bersama peminat secara dekat menerusi episod yang akan disiarkan,” katanya.

Bagaimanapun, bilangan episod dan tarikh siaran untuk program realiti itu masih belum dikongsi dan akan diumumkan kemudian.

Author

Pilihan Editor