HomeNiagaNormashayu Puteh kongsi tips cara pilih emas

Normashayu Puteh kongsi tips cara pilih emas

CHERAS: Tips memilih emas sesuai adalah mengikut karakter diri sendiri, yang sudah tentunya pasti memberikan aura bagi personaliti diri masing-masing.

Meskipun ia mungkin nampak cantik daripada pandangan mata namun belum tentu menepati citarasa atau bersesuaian dalam pemakaian dan gaya.

Ini kerana, setiap karakter diri masing-masing adalah berbeza, dan memahami karakter diri amat penting agar pilihan yang dibuat tepat.

Contoh, Datuk Seri Vida akan memilih emas yang besar dan menonjol sesuai dengan karakternya, tetapi bagi Fazura pula boleh dilihat pemilihannya ringkas dan elegan.

Begitulah cara yang diterapkan oleh Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Pencil Pictures & Records Sdn Bhd, Datuk Normashayu Puteh, ketika memilih emas di Kedai Emas Armel.

Percaya dengan jatuh cinta pandang pertama, Normashayu mendakwa tertarik dengan rekaan emas pertama dilihatnya sebaik melangkah masuk ke kedai.

Normashayu tertarik dengan cincin emas dengan bunga besar menutupi jari, ringkas dan elegan.

Penerbit filem ini berkata, Emas Armel amat dekat di hati kerana kebanyakan koleksi rekaannya ringkas, comel tapi masih tampak lebih mahal seakan personaliti dirinya.

“Emas di sini, bukan nak puji tapi memang lain dan unik. Ada emas yang nampak halus tapi sebenarnya padu, kalau kita pakai pun kita rasa diri berharga.

“Saya pula bukan suka emas saiz besar-besar, tapi suka tengok koleksi emas di Armel. Banyak nampak comel, harga pun tak akan ada kat tempat lain, tanpa caj upah pula tu.

“Harga paling murah di abad ini RM239 segram,”  katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Kedai Emas Armel Cawangan Ke-3, di sini.

Yang turut hadir, Pengurus Cawangan Emas Armel Bandar Sri Permaisuri, Muhammad Alif Hayqal Ishak.

Bandar Sri Permaisuri adalah cawangan ketiga Emas Armel selepas di Shah Alam dan Johor Bahru.

Normashayu menambah, Emas Armel memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih mengikut kemampuan pada harga munasabah selain memberi khidmat layanan terbaik tanpa diskriminasi.

“Masuk ke Emas Armel, tiada alasan untuk tidak membeli emas di sini kerana saya pasti, pelanggan yang datang ke sini, mesti keluar berisi (buat pembelian),” katanya.

Author

Pilihan Editor