HomeMV+EksklusifPenderita kesan vaksin meninggal ketika baca surah Al Baqarah

Penderita kesan vaksin meninggal ketika baca surah Al Baqarah

HULU LANGAT: Negara kehilangan seorang anak muda yang bercita-cita besar dalam menyumbang bakti kepada negara.

Berita berkaitan: Bantuan kesan mudarat vaksin terkubur bersama Rafiq

Allahyarham Mohd Rafiq Aiman, 21, dari Hulu Langat yang menderita dipercayai akibat kesan sampingan  vaksin sejak Ogos 2021, menghembuskan nafas terakhir ketika membaca surah Al Baqarah lewat malam semalam.

Arwah meninggal dunia di kediaman keluarganya di Pangsapuri Kundang, Hulu Langat.

Rafiq sebelum ini merupakan pelajar semester lima Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di sebuah politeknik.

Penulis berpeluang menemu bual arwah ketika hayatnya, berminat menyertai askar Wataniah malah, bercita-cita untuk menabur bakti untuk negara dalam bidang itu.

Berita berkaitan: Bantuan kesan mudarat vaksin terkubur bersama Rafiq

Bagaimanapun, segala-galanya berubah selepas Rafiq dipercayai menerima dua dos vaksin Sinovac menerusi program suntikan percuma pada Julai dan Ogos 2021.

Arwah terpaksa ambil vaksin berkenaan kerana polisi politeknik yang mewajibkan semua perlu menerima vaksin.

Selepas beberapa minggu disuntik, Rafiq mengalami kelumpuhan, berat badannya susut sehingga kurang 48 kg.

Berita berkaitan: Bantuan kesan mudarat vaksin terkubur bersama Rafiq

Lebih mebimbangkan, satu ketulan tiba-tiba muncul di dada sebelah kanannya.

Ketulan itu membengkak dengan ketebalan sehingga 10 sentimeter.

Rafiq terkejut dan keliru dengan kesan yang dialaminya lalu mengemukakan kesan itu kepada mantan Menteri Kesihatan Malaysia (KKM), Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, tiada maklum balas hanya kekecewaan di penghujungnya.

Ibu kepada arwah, Anita Mohd Sahak, 39, memberitahu selepas lumpuh dipercayai akibat vaksin, doktor ada mengambil sampel darah berulang kali.

Berita berkaitan: Bantuan kesan mudarat vaksin terkubur bersama Rafiq

Pada mulanya, doktor memaklumkan Rafiq menghidap simptom sakit jantung, tidak lama selepas itu, sampel darah diambil lagi dan dipercayai sakit tibi.

“Selepas itu, didakwanya arwah ada masalah jangkitan kuman pada paru-paru dan kemudian masalah buah pinggang pula.

“Realitinya, KKM gagal memberi keputusan muktamad terhadap kesan yang menimpa setelah menerima suntikan.

“Selepas setahun lima bulan berjuang, ketika membaca surah Al Baqarah dan tiba-tiba terus senyap, jam 11.15 malam Rafiq disahkan sudah tiada.

“Sebelum itu kami sempat makan bersama dan borak-borak mengenai urusan harian,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Bantuan kesan mudarat vaksin terkubur bersama Rafiq

Anak sulung daripada empat beradik itu dikebumikan di Tanah perkuburan islam Dusun Tua Hulu Langat pada jam 3 petang tadi.

Tambah Anita, pada Jumaat, Rafiq memohon maaf dengannya, bapanya dan adik-adiknya.

“Rafiq minta halalkan susu makan minum dan segala susah payah membesarkannya, beliau reda untuk pergi.

“Itu yang berlaku beberapa jam sebelum dia meninggalkan kami sekeluarga.

“Saya amat berharap KKM tidak sembunyikan fakta kesan vaksin terhadap orang ramai, tidak sorok kerana isu ini libatkan nyawa rakyat,” katanya.

Berita berkaitan: Bantuan kesan mudarat vaksin terkubur bersama Rafiq

 

Author

Pilihan Editor