HomeBeritaPeniaga diingatkan henti jualan Sos Pasta Carbonara Prego seketika

Peniaga diingatkan henti jualan Sos Pasta Carbonara Prego seketika

CYBERJAYA: Para peniaga diingatkan supaya menghentikan penjualan produk sos pasta berkrim cendawan berjenama Prego keluaran Malaysia.

Menurut Public Health Malaysia (PHM), perkara itu susulan terdapat tanda-tanda kerosakan dalam penghasilan produk tersebut.

Maklumnya lagi, antara tanda kerosakan adalah bau yang tidak menyenangkan, warna berubah, rupa berair dan lapisan cecair terpisah.

“Produk yang terlibat dalam penarikan balik adalah Prego Sos Pasta Berkrim Carbonara Cendawan (665 gram), batch 2022081716, bertarikh luput 17 Ogos 2023 dan kod masa 22:18 hingga 23.20.

“Punca kerosakan produk tersebut disebabkan kesilapan semasa pemprosesan,” jelasnya menerusi hantaran di Facebook rasmi PHM.

Justeru, para pengguna yang telah membeli turut diingatkan supaya tidak memakan produk berkenaan.

Author

Pilihan Editor