HomeBeritaBekalan air di beberapa kawasan Selangor masih terjejas

Bekalan air di beberapa kawasan Selangor masih terjejas

CYBERJAYA: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan setakat jam 8 pagi ini, Loji Rawatan Air (LRA) Sg Semenyih dan LRA Bukit Tampoi masih belum boleh beroperasi.

Dalam satu kenyataan, Air Selangor menyatakan bacaan TON di LRA Sg Semenyih berkurang kepada 0 TON manakala LRA Bukit Tampoi adalah 2 TON.

“Loji-loji ini hanya boleh beroperasi semula setelah bacaan 0 TON direkodkan sebanyak tiga kali berturut-turut.

“Air Selangor terus giat menggerakan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terlibat bagi memberikan bantuan bekalan air kepada pengguna yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian di sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” maklum LUAS.

Dalam pada itu, Air Selangor memaklumkan pihaknya akan memberi Perlembagaan berkaitan dengan insiden dari semasa ke semasa.

“Para pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di https://hentitugas.airselangor.com/serta menerusi aplikasi Air Selangor,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 472 kawasan di lima daerah di Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 7 pagi, Sabtu.

Perkara itu susulan henti tugas LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi berikutan insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Author

Pilihan Editor