HomeGaya HidupPertama kali bergelar ibu? Ini tips cadangan pemakanan bayi mengikut usia

Pertama kali bergelar ibu? Ini tips cadangan pemakanan bayi mengikut usia

BUAT para wanita yang baru pertama kali menjadi seorang ibu, pastinya anda mahukan sajian terbaik untuk si kecil.

Namun, pasti ada sebilangan ibu yang masih tidak tahu menu bagaimana yang sesuai untuk diberikan kepada anak mengikut usianya.

Justeru, kali ini MEDIA VARIASI bawakan tips menarik yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Nurmaiza Ab Ghani, berhubung cadangan corak pemakanan yang bersesuaian diberikan pada si kecil mengikut usia berdasarkan pengalamannya membesarkan anak.

Perkongsian yang dimuat naik dalam grup ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official’ itu merupakan pandangan peribadi Nurmaiza yang dilihat bersesuaian dijadikan alternatif bagi para ibu selain daripada merujuk buku panduan pemakanan bayi atau pegawai pemakanan klinik masing-masing.

“Saya dulu silap, saya ingat enam bulan itu start dengan puree buah dulu kemudian baru bubur nasi. Tapi sebenarnya kena start dengan bubur nasi kosong dahulu tanpa perisa kerana baby belum ada deria rasa. Kemudian baru perkenalkan rasa-rasa yang lain seperti buah, ikan, ayam dan bayam.

“Masuk sembilan bulan, kena add minyak dalam menu. Contoh, sesudu kecil minyak zaiton kerana mereka perlukan sedikit lemak,” katanya.

Menurutnya lagi, bagi anak berusia setahun, tak perlu dikisar lagi makanan kerana sudah boleh diperkenalkan family food pada usia tersebut.

Cadangan makanan bersesuaian bagi si kecil berusia 6-8 bulan
Cadangan makanan bersesuaian bagi si kecil berusia 9-11 bulan
Cadangan makanan bersesuaian bagi si kecil berusia 1-3 tahun

 

Author

Pilihan Editor