HomeBeritaSM Faisal tarik balik kes saman terhadap Emilia

SM Faisal tarik balik kes saman terhadap Emilia

KUALA LUMPUR: Jutawan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin menarik balik kes saman gangguan terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi, pada hari pertama perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Berita berkaitan: Menteri, pendakwah kunci mulut kes Emilia dipaksa bogel di penjara

Peguam, Amer Ashrhaf dari firma guaman Nizam Bashir & Associates mewakili Emilia berkata, mahkamah juga memberikan perintah kos RM6,000 untuk dibayar oleh SM Faisal kepada Emilia.

“Anak guam kami bersyukur atas keputusan dari Hakim Mahkamah Sesyen hari ini, Tuan Zulqarnain Hassan.

“Keputusan hari ini dikira kemenangan untuk Emilia dan semoga urusan selanjutnya dipermudahkan,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Menteri, pendakwah kunci mulut kes Emilia dipaksa bogel di penjara

Amer Ashrhaf dan Azad Akbar Khan

SM Faisal tidak hadir ke mahkamah tetapi diwakili oleh barisan peguamnya dari firma Tetuan Akberdin & Co.

Terdahulu, mahkamah telah menolak injuksi sementara yang difailkan Faisal pada 22 Julai lalu bagi memohon perintah menghalang Emilia memuat naik sebarang kata-kata ataupun ‘posting’ di semua platform media sosial serta media masa terutama Instagram.

Pihak plaintif turut memohon agar Emilia agar tidak menulis sebarang status kes Mahkamah Syariah dan juga di Mahkamah Sivil.

Plaintif (Faisal) secara umumnya mendakwa Emilia telah membuat kekacauan kepadanya, keluarganya dan reputasinya susulan perkara-perkara yang didakwa tersebut, yang mana Emilia telah menafikan sekeras-kerasnya.

Berita berkaitan: Menteri, pendakwah kunci mulut kes Emilia dipaksa bogel di penjara

Menerusi tuntutan itu juga, plaintif memfailkan suatu permohonan untuk mendapatkan perintah halangan ataupun injunksi interim terhadap Emilia sementara prosiding kes.

Plaintif juga memohon Emilia berada dalam lingkungan 500 meter daripadanya, wakilnya, keluarganya, serta premis-premis kediamannya dan perniagaannya.

Namun dengan keputusan Mahkamah berkenaan semua tuntutan itu tidak boleh diteruskan.

Barisan peguam yang mewakili Emilia selain Amer adalah Nizam Bashir dari firma Nizam Bashir & Associates dan Azad Akbar Khan dari Tetuan Gan, Lee & Tan.

Berita berkaitan: Menteri, pendakwah kunci mulut kes Emilia dipaksa bogel di penjara

 

Terdahulu, Faisal turut memfailkan saman terhadap penyanyi rap Caprice dan aktivis, Mona Din berikutan menulis kes Emilia di media sosial masing-masing.

Isteri ahli perniagaan terkenal itu dipenjara selama tujuh hari di atas kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur berhubung tarikh lawatan ketiga-tiga anak mereka.

Setelah dibebaskan, Faisal memfailkan tuntutan harta sepencarian daripada Emilia berhubung satu per empat bahagian kediaman kelamin mereka sepanjang tempoh perkahwinan.

Berita berkaitan: Menteri, pendakwah kunci mulut kes Emilia dipaksa bogel di penjara

Author

Pilihan Editor