HomeMV+PendapatMenteri, pendakwah kunci mulut kes Emilia dipaksa bogel di penjara 

Menteri, pendakwah kunci mulut kes Emilia dipaksa bogel di penjara 

KISAH Emilia Hanafi pesalah syariah yang mematuhi undang-undang syariah di penjarakan dengan prosedur yang melanggar kehendak agama iaitu berbogel, ketuk ketampi bogel ditonton puluhan banduan dan warden serta kesukaran solat.

Berita berkaitan: 30 ketuk ketampi dalam bogel, semua tonton – Emilia Hanafi

Kes sosok tubuh ini hanya viral dan menjadi perbualan di kalangan rakyat, jadi perhatian beberapa NGO, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan tokoh yang ada kredibiliti bersuara hanyalah Tan Sri Prof Dr Munshi Muslim Yaakob, seorang bekas peguam syariah pertama Malaysia.

Bab wanita sengaja melondehkan baju kurungnya tetapi aksinya viral, segera kecoh satu negara dan pihak berkuasa berlumba lumba umum tindakan .

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada awalnya mahu membuat siasatan dan mengambil alih daripada pihak polis, namun tidak meneruskan kerana netizen mula bersuara.

Berita berkaitan: 30 ketuk ketampi dalam bogel, semua tonton – Emilia Hanafi

Kenapa tak segera nak siasat hukum tukar tarikh lawat anak tiada dalam al Quran atau isu prosidur penjara terhadap pesalah syariah yang tidak bersifat Islam?

Tiada reaksi Menteri Wanita atau Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) atau agamawan dalam kes ini sehingga ke hari ini.

Adakah perlu ada Emilia versi kedua, ketiga yang lebih teruk baharu nak bersuara?

Adakah sikap ini sebagai ujian pada pihak berkuasa membersihkan watak politik, watak agamawan yang hanya pentingkan jawatan tetapi tak bekerja untuk agama Allah, Tuhan Yang Satu?

Berita berkaitan: 30 ketuk ketampi dalam bogel, semua tonton – Emilia Hanafi

Kenapa pecah belahkan prosidur dan biar satu agensi sahaja bertindak ?

Kenapa tidak menyeluruh? Apakah dakwah yang dirancang untuk bantu wanita seperti Emilia dan Amira selepas kes hukuman agar mereka kembali kepada Islam sebenar?

Adakah meraikan KPI melaksana kan hukum Islam dlm peraturan bersifat pluralisme?

Emilia adalah contoh wanita “ dihukum” melalui kaedah yang tiada dalam Al Quran? Beliau adalah wanita yang gagal dilindungi? Apa kebajikan pada anak dan keluarga pada masa hadapan?

Berita berkaitan: 30 ketuk ketampi dalam bogel, semua tonton – Emilia Hanafi

Ketika dia dibawa ke penjara bagaimana nasib anak-anaknya? Kenapa tiada dibicarakan hal ini agar Emilia Versi kedua tidak terima nasib sama.

Adakah mereka cuma kecoh untuk kelihatan bercakap apabila sesuatu isu viral sekadar memenuhi KPI? Apa perancangan YADIM dalam menyantuni terus dua wanita ini?

Adakah YADIM atau JAWI hanya mahu menumpukan usaha dan dana kepada “ dakwah media sosial, program realiti main gitar sahaja? Tiada program dakwah di penjarakah?

Atau mereka memastikan prosedur pembelaan yang mengikut Al Quran agar wanita seperti Emilia tidak merasa teraniaya? Atau mendekati Amira dan wanita lain seperti di TikTok dan sebagainya agar mereka kembali kepada syariah sebenar mengikut syariah sebenar mengikut Islam?

Berita berkaitan: 30 ketuk ketampi dalam bogel, semua tonton – Emilia Hanafi

Author

Pilihan Editor