HomeMV+EksklusifTokoh Pelukis Negara akui wajah Anwar, Zahid paling laris

Tokoh Pelukis Negara akui wajah Anwar, Zahid paling laris

AMPANG: Tokoh Pelukis Negara, Ismail Embong mengakui wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ada ‘aura’ tersendiri dan paling laris terjual ketika potret masing-masing dipasarkan kali pertama tahun 1991.

Ismail Embong diangkat sebagai Tokoh Pelukis Negara kerana usahanya memartabatkan wajah bangsa dan dunia Melayu di peringkat antarabangsa

Menurut Tokoh Pelukis Negara, 80, yang dikenali sebagai Pak Mail, Anwar yang kini Perdana Menteri Malaysia ke-10, potretnya digantung sebaris dengan Perdana Menteri lain di Angkasapuri pada 30 tahun lalu.

“Selain Anwar, potret Zahid juga menjadi tarikan ramai ketika era itu, yang pembelinya untuk mengumpul koleksi masing-masing.

“Menerusi potret di Angkasapuri, wajah Anwar digambarkan sebagai seorang yang tenang, namun dalam jiwa yang bergelora, merenung masa depan.

“Manakala Zahid pula digambarkan sebagai memiliki ketahanan berhadapan tekanan dan cabaran yang luar biasa, beliau sememangnya panglima perang dahulu, kini dan selamanya.

“Zahid berbusana panglima, taat setia mempertahankan Anwar, Anwar pula digambarkan bersama panglima UMNO lain demi mensejahterakan suasana yang sedang bergolak ketika itu, ini yang digambarkan 30 tahun lalu,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Karya Pak Mail pada tahun 1991, Anwar mara bersama pahlawan UMNO ke arah mensejahterakan tanah air yang sedang bergolak ketika itu

Lukisan Pak Mail mencecah ratusan ribu ringgit hingga jutaan ringgit dibeli ahli korporat, muzium warisan negeri, ahli politik dan individu yang menghargai seni.

Sentuhan Pak Mail luar biasa, ada makna tersirat dan tersurat, apa yang dilukiskan ibarat ramalan perkara yang belum berlaku.

Sebagai contoh 30 tahun lalu, dilukiskan Mahathir bermain dam dengan Tun Ghafar Baba, sebelahnya adalah Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) salah seorang mesti kalah.

Karya Pak Mail tahun 90 an, Mahathir bermain dam dengan Ghafar Baba, seorang mesti kalah. Anwar setia kepada Mahathir, memerhatikan langkah permainan, mod bersiap sedia. Sebelah Mahathir adalah Pak Lah

“Anwar digambarkan seorang yang setia kepada bos (Mahathir), memerhatikan cara permainan Mahathir dan berada dalam mod bersiap sedia.

Karya Pak Mail berjudul Wawasan 1991. Anwar sentiasa beri pandangan kepada Mahathir sebaliknya Pak Lah
dan Ghafar Baba hanya yes-man tidak pernah mencelah dan kerana itu mereka selamat.

“Anwar sentiasa beri pandangan kepada bos, Pak Lah dan Ghafar digambarkan sebagai ‘yes-man’ tidak pernah mencelah antara punca mereka selamat.

Anwar beri penghormatan terbesar kepada Mahathir dengan pencapaian yang dikecapi bosnya itu. Belakang mereka adalah karya Pak Mail.

“Dalam karya akhir Anwar dan Mahathir pada tahun 1994, sekarang tergantung di aras 4 Pusat Dagangan Dunia, Anwar baru hendak cabut keris tetapi Mahathir sudah cabut keris, itulah yang menunjukkan apa yang sudah berlaku ketika ini.

Karya akhir 1994 Pak Mail yang menunjukkan Mahathir dan Anwar bersama. Dalam karya ini Anwar mahu mencabut keris, Mahathir pula sudah mencabut keris.

“Karya Mahathir sebelah Pak Lah juga tepat menurut teori RAHMAN dalam perlantikan PM Malaysia, memang benarlah selepas Mahathir, Pak Lah bukan Ghafar atau Anwar,” katanya.

Kelebihan yang ada Pak Mail bukan sekadar meneliti setiap perincian dalam lukisannya namun ia menterjemahkan kebenaran yang bakal berlaku.

 

Author

Pilihan Editor