HomeBeritaPolitikZahid tak akan kompromi dengan individu ‘bocorkan’ inti pati dalaman UMNO

Zahid tak akan kompromi dengan individu ‘bocorkan’ inti pati dalaman UMNO

 

CYBERJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak akan sesekali berkompromi dengan ahli yang burukkan parti termasuk membocorkan inti pati mesyuarat parti kepada pihak luar.

Perkara itu ditegaskan ahli Majlis Kerja Tinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi susulan tiga orang ahli parti berkenaan dipecat.

“Kita minta parti bertindak tegas, kenakan tindakan disiplin kepada mereka yang bukan sahaja mencemuh parti tetapi mencemuh Presiden parti.

“Ada dipecat…ahli UMNO bukan MKT. Tiga orang…dua ketua wanita bahagian dan satu ketua bahagian kerana mencemuh parti serta berkempen (untuk pihak lawan),” katanya seperti dilapor Berita Harian pada Khamis malam.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat MKT di Menara Dato’ Onn di Kuala Lumpur, malam tadi.

Dalam mesyuarat itu, dua naib presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak hadir.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengesahkan Ismail Sabri tidak hadir pada mesyuarat itu kerana perlu menghadiri program lain.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan mengapa Mahdzir tidak hadir mesyuarat berkenaan.

Author

Pilihan Editor