HomeHiburan'Mama ingin lihat Sarah bahagia', doa ibu Syamsul

‘Mama ingin lihat Sarah bahagia’, doa ibu Syamsul

KUALA LUMPUR: Biarpun pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tekad memfailkan perceraian terhadap suami, Syamsul Yusof, ibu mentuanya terus berkongsi luahan hati mengenai menantunya itu.

Datin Patimah Ismail tetap memberikan sokongan kepada Puteri Sarah dengan luahan supaya menantu perempuannya itu mengecap kebahagiaan diri yang hilang dan keluar dari penderitaan selama ini.

“Mama ingin lihat Sarah bahagia, cukuplah segala derita”.

Sebelum ini, Patimah berkata, dia bersedia untuk memaafkan Syamsul namun tidak keluarga Ira Kazar yang meruntuhkan kebahagiaan menantunya.

“Seorang ibu sentiasa memaafkan anak yang dilahirkannya. Namun saya tidak akan maafkan keluarga Kazar atas perbuatan mereka kepada menantu saya!” katanya.

Puteri Sarah pada Isnin berkata, tiada peluang kedua diberi kepada Syamsul berhubung permohonan cerai yang difailkan.

Pelakon itu dilaporkan enggan bermadu selepas Syamsul mengaku bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, di Thailand, baru-baru ini.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Author

Pilihan Editor