HomeHiburanNombor telefon disekat, Sarah minta cerai di Instagram

Nombor telefon disekat, Sarah minta cerai di Instagram

KUALA LUMPUR: Selepas setahun nombor telefon Puteri Sarah Liyana disekat suaminya, Syamsul Yusof, Sarah terpaksa minta diceraikan menerusi Instagram (IG).

Berita berkaitan: Syamsul ‘block’ Puteri Sarah sebab tak nak kena maki, pujuk balik rumah bincang elok-elok

Menerusi hantaran terbaharu di IG miliknya, Sarah menulis, “Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak block saya sehingga sekarang dan tidak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu,” tulisnya pada Selasa.

Rata-rata netizen mengutuk tindakan Syamsul yang membuat hantaran di IG miliknya pagi tadi yang meminta kedua-dua isterinya bertenang dan bersabar tetapi dalam masa sama menyekat nombor telefon Sarah.

Berita berkaitan: Syamsul ‘block’ Puteri Sarah sebab tak nak kena maki, pujuk balik rumah bincang elok-elok

Syamsul turut ‘unfollow’ IG Sarah dan kini ‘follow’ IG Ira Kazar.

Tulisannya, “Morning! Moga kedua-dua isteriku tenang & banyakkan bersabar. Doakan yg baik2 beserta gambar perkahwinan dirinya bersama Sarah dan Ira telah menyinggung perasaan Sarah.”

Sarah menerusi Instastoriesnya menulis balas, anak-anak mereka malu dapat ayah seperti Syamsul.

Berita berkaitan: Syamsul ‘block’ Puteri Sarah sebab tak nak kena maki, pujuk balik rumah bincang elok-elok

Tulisnya, “orang jahil akan serlahkan kejahilannya. Walaupun dia disangka berilmu. I try not to react because damaged has been done but I feel so oblige to say that I am very dissapointed and ashame on behalf of my kids and family.

“Syaikhul and Sumayyah sedang membesar and I cant deny them from phones. Don’t ever hurt my kids and their feelings. Think before u post anything.

“Jaga sensitivity terhadap anak2 dan family u.

“Malunya ya Allah, Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni.”

Berita berkaitan: Syamsul ‘block’ Puteri Sarah sebab tak nak kena maki, pujuk balik rumah bincang elok-elok

Baru-baru ini, pengarah kontroversi itu akhirnya meleraikan spekulasi apabila mengesahkan berkahwin dua dengan wanita pilihannya, Ira Kazar di Thailand.

Syamsul berkongsi berita gembira itu menerusi video dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Berita itu bukan sahaja menghancurkan hati Sarah, malah kedua ibu bapa yang melahirkan dan membesarkannya yang menangis ketika ditemu bual.

Sarah turut mendedahkan sudah setahun Syamsul menyekat nombor telefonnya, mengabaikan emosinya dan anak-anak sejak menjalin hubungan sulit dengan Ira.

Kemelut rumahtangga Syamsul dan Sarah dikatakan berpunca daripada pembabitan Ira  sejak empat tahun lalu.

Berita berkaitan: Syamsul ‘block’ Puteri Sarah sebab tak nak kena maki, pujuk balik rumah bincang elok-elok

 

Author

Pilihan Editor