HomeHiburanSyamsul ‘block’ Puteri Sarah sebab tak nak kena maki, pujuk balik rumah...

Syamsul ‘block’ Puteri Sarah sebab tak nak kena maki, pujuk balik rumah bincang elok-elok

CYBERJAYA: Kontroversi rumah tangga membabitkan pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusoff dengan isteri pertamanya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana masih belum menemui penyelesaiannya.

Berita berkaitan: Syamsul akui silap, tak nak sakiti isterinya

Perkara itu susulan Syamsul menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram menyatakan ada sebab mengapa dia menyekat nombor isterinya itu seperti yang dilapor Puteri Sarah sebelum ini.

Menurut pengarah yang popular dengan filem Mat Kilau itu, dari awal pertelingkahan lagi dia tidak mahu mendedahkan sebarang masalah yang dihadapinya bersama Puteri Sarah kepada orang awam khususnya di sosial media.

Namun, tindakan Puteri Sarah yang dianggap seringkali membuka kisah rumah tangga mereka di sosial media itu nyata membuatkan Syamsul kurang selesa.

Berita berkaitan: Syamsul akui silap, tak nak sakiti isterinya

“Isteri saya Puteri Sarah dan juga isteri kedua saya, Ira Kazar, kedua-dua isteri saya ini diharapkan bersabar, bawa bertenang, doakan yang baik-baik.

“Saya tak nak share semua benda dekat media sosial daripada dulu lagi tapi isteri saya (Puteri Sarah) yang terus-teruskan.

“Bukan semua benda yang anda baca di media, boleh percaya dan ini yang membuatkan saya tersepit dan saya mengambil inisiatif untuk berdiam diri pasal hal rumah tangga, buat apa nak dikongsikan di media sosial.

“Kalian tak tahu masalah sebenar, ini saya cakap ini bukan saya nak kata Sarah salah, saya betul. Tak. Anda tak tahu kerana mendengar bahagian kenyataan Sarah sahaja dan terus judge saya,” katanya dalam video yang dimuat naik baru-baru ini.

Berita berkaitan: Syamsul akui silap, tak nak sakiti isterinya

Syamsul turut menjelaskan bahawa faktor yang menyebabkan dia terpaksa menyekat nombor isteri pertamanya itu kerana sikap Puteri Sarah yang didakwa suka memaki hamun tiap kali mereka cuba berkomunikasi.

“Sikitlah saya beritahu untuk anda semua, why saya blocked  isteri saya kerana saya seorang yang tak suka bergaduh. I hate argument, macam mana saya nak berkomunikasi dengan awak wahai Puteri Sarah? Bagaimana?

“Kerana setiap kali (komunikasi) awak sentiasa memaki hamun saya, ‘engkau aku’, maksudnya awak dah tiada hormat, saya dah tiada ruang untuk berbicara, ber-WhatsApp. So, saya rasa oh ini memudaratkan, so saya blocked kerana saya tak mahu hubungan kita makin teruk,” ungkapnya.

Berita berkaitan: Syamsul akui silap, tak nak sakiti isterinya

Syamsul turut menegaskan bahawa dia dan Puteri Sarah masih berkomunikasi namun menerusi penyampaian ‘orang tengah’ yang membabitkan ibu mereka dan orang gaji.

Dalam pada itu, Syamsul berharap orang ramai dapat mendoakan yang baik-baik untuk dia sekeluarga dan berharap Puteri Sarah pulang ke rumah bagi berbincang masalah yang dialami mereka sekeluarga.

“Kita nak berpisah ke, kita nak bersama ke apa sahaja itu, balik rumah. Jangan berbincang dalam media sosial,” ujarnya.

Berita berkaitan: Syamsul akui silap, tak nak sakiti isterinya

Jumaat lalu, Syamsul membuat pendedahan bahawa dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand sekali gus membuatkan isu poligami menjadi topik hangat dibicarakan warga maya di Malaysia.

Author

Pilihan Editor