KAMPALA: Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam rempuhan pada sambutan tahun baharu di Kampala, Uganda pada Ahad.
Menurut polis kejadian itu melibatkan beberapa juvana yang sedang menghadiri pertunjukan muzik, lapor Xinhua.
“Kejadian itu didakwa berlaku pada tengah malam apabila juruacara majlis menggalakkan hadirin supaya keluar dan menonton pertunjukan bunga api.
“Rempuhan berlaku selepas tamat pertunjukan mengakibatkan lima orang maut di tempat kejadian dan beberapa lagi cedera,” kata polis.
Empat lagi disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. – BERNAMA