KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) merayu kerajaan supaya menyemak semula prosedur pemberian ubat atau vaksin kepada pesakit kerana masing-masing mempunyai daya ketahanan imun berbeza.
Berita berkaitan: Kulit tertanggal gara-gara diberi salah dos ubat
Ini kerana, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mendakwa, jika berlaku kesan advers susulan imunisasi (AEFI) oleh pesakit, pastinya pesakit akan disalahkan semula kerana tidak berupaya mempunyai sistem imun yang kuat.
Sedangkan katanya, pesakit yang datang ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan memulih, tetapi ada yang semakin teruk selepas mendapatkan preskripsi ubat atau suntikan.
Berita berkaitan: Penderita kesan vaksin meninggal ketika baca surah Al Baqarah
“Kita banyak sangat terima aduan seperti ini sejak pandemik COVID-19, dan sangat menyedihkan apabila ramai yang tampil mengadu dalam keadaan teruk, malah ada yang sudah meninggal dunia pun.
“Saya tak pasti ini kesalahan ubat atau prosedur rawatan oleh pegawai yang uruskan.
“Jadi, saya mintalah Kementerian Kesihatan semak perkara ini kerana ini merunsingkan, boleh jadi ia implikasi daripada vaksin juga,” katanya kepada MEDIA VARIASI.
Berita berkaitan: Kulit tertanggal gara-gara diberi salah dos ubat
Beliau berkata demikian mengulas laporan MEDIA VARIASI berhubung seorang wanita yang menghidap darah tinggi mengalami penyakit Steven Johnson berpunca daripada alergik ubat selepas disahkan doktor.
Wanita berkenaan mengalami kulit bengkak dan lecur hingga tertanggal kulit, sehingga hampir hilang nyawa selepas mengambil ubat yang dibekalkan doktor, tablet Dynormin 50mg berbanding Acetan HCT 100/25mg sebelum itu.
Perkara itu disuarakan oleh suaminya, Dzulkhairi Harun, 50, ke PPIM selepas tiada tempat lagi untuk mengadu.
Dzulkhairi sudah membuat laporan polis berhubung kecuaian doktor di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi pada Sabtu.