NABLUS (Palestin): Tujuh rakyat Palestin cedera akibat terkena tembakan tentera Israel di bandar Nablus Tebing Barat pada Khamis, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, lapor Agensi Anadolu.
Sementara itu, TV Palestin melaporkan tentera Israel menahan empat rakyat Palestin semasa operasi ketenteraannya di bandar Nablus.
Pada Khamis, tentera Israel cuba memasuki Nablus dari beberapa pintu masuk, menurut saksi.
Tentera Israel berulang kali melakukan serbuan ke bandar itu untuk mencari anggota kumpulan bersenjata yang dikenali sebagai Lions’ Den.
Israel menyalahkan kumpulan itu kerana menyasarkan serangan ke atas Israel termasuk menyebabkan kematian seorang askar Israel pada Oktober tahun lalu.
Terdahulu, seorang warga Palestin dilaporkan maut akibat ditembak ketika tentera Israel menyerbu kem pelarian Balata, di utara Baitulmaqdis. – BERNAMA